Thursday, 23 April 2020

TERUJA NAK BUAT BLOG

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Sebenarnya dah lama benar terdetik nak ada blog atau laman web sendiri. Sebelum usia memasuki angka 30 lagi memang rasa teringin nak ada blog sendiri. Dulu banyak sekali kekangan seperti capaian internet yang agak "slow" membantutkan usaha untuk bikin blog ni.

Dengan kemunculan dan populariti media sosial seperti facebook dan lain-lain, keinginan membangunkan blog kian menurun

Bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melanda negara, maka keinginan dan keterujaan untuk membina blog membuak-biak semula.

Cuma memang tercari-cari apakah platform yang sesuai untuk bina blog.

Jadi setelah meminta pendapat daripada Guru No 1 Malaysia, Cikgu Norhailmi dari SMK Jerlun, Kedah, maka bolgger.com menjadi pilihan.

Inshaa Allah saya akan cuba menulis pelbagai cerita di blog juga selepas ini di samping media-media sosial yang lain.

Doakan saya

#cikgusafuan

1 comment: