Sunday, 17 January 2021

PDPR- APA PERSEDIAAN PARA GURU?

 

PDPR- APA PERSEDIAAN PARA GURU?





Seperti yang dijangka peningkatan kes harian Covid-19 di seluruh negara memaksa KPM mengumumkan sesi persekolahan 2021 bakal bermula dengan kelas secara PDPR.

Justeru barisan guru dan ibu bapa perlu bersiap siaga bagi menghadapi sesi PDPR bermula 20 Januari ini.

Sebagai guru, ini merupakan beberapa teknik yang boleh dilakukan oleh guru sepanjang PDPR yang mungkin berlarutan dalam tempoh masa yang lebih lama

1.      1 LIVE STREAMING

 

Ini merupakan kaedah yang terbaik boleh dilakukan oleh guru. PKP kali pertama telah menjadikan para guru di Malaysia menggali banyak ilmu untuk memantapkan sesi PDPR. Pelbagai aplikasi sememangnya tersedia untuk digunakan antaranya Google Meet, Zoom, Streamyard, Youtube Live, Facebook Live dan banyak lagi.

 

Jika murid mempunyai kemudahan internet yang baik, maka inilah platform yang terbaik untuk digunakan.

Tonton video mudahnya menngajar guna Youtube di bawah

 https://youtu.be/KjyLn-sNKEQ


2.     2  RAKAMAN VIDEO

 

Kekangan waktu bekerja ibu bapa memungkinkan sesi live guru bersama murid agak kurang mendapat sambutan. Justeru guru boleh merakam video PDPR mereka yang dijalankan secara google meet dan kemudiannya dimuat naik ke chanel Youtube bagi membolehkan murid mengakses sesi PDPR pada bila-bila masa.

 

Guru-guru juga secara kreatif boleh menghasilkan video pdpc hanya menggunakan aplikasi mudah seperti Microsoft Power Point.

Tonton video cara hasilkan video menerusi Power Point di bawah

https://youtu.be/GQiDTKid9dk



3.      3 NOTA INFO GRAFIK

 

Kaedah pemberian soalan latihan tanpa penerangan sebenarnya adalah sesuatu yang memberi kesukaran kepada murid dan juga ibu bapa.

 

Sekiranya para guru berhadapan dengan kesukaran dengan capaian internet berkelajuan tinggi, maka nota secara info grafik juga boleh membantu memberi kefahaman kepada murid dalam menyiapkan tugasan yang diberi.

 

Nota secara info grafik ini boleh diedarkan sama ada dalam melalui Whatsapps Group atau pun modul bertulis yang boleh diedarkan secara berkala.

 

Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa PDPR

1.       - Elakkan pemberian tanpa penerangan seperti 3 kaedah yang dicadangkan di atas.

2.      -  Elakkan pemberian kuantiti latihan yang terlalu banyak

 

Cadangan Penambahbaikan

1.      -  Beri penumpuan kepada subjek teras sahaja.

2.       - Tetapkan kuantiti subjek/ hari dengan mengambil kira pelbagai kekangan

 

Dalam apa jua tindakan yang diambil, apa yang diharapkan murid-murid kita mempunyai keinginan dan keazaman untuk terus belajar.

#cikgusafuan #sayaCumaCikguBudak2SekolahRendah

21 comments:

  1. Info terbaik cikgu. Sangat² membantuπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah ... Cuba yg terbaik buat murid2

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih cikgu safuan. Semoga dipermudahkan warga guru menyediakan set pengajaran waktu PKP/PKPB ini.

    ReplyDelete
  4. Perkongsian terbaik cikgu Safuan.T.kasih.

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang baik. Terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  6. Terbaik cikgu...terima kasih byk2

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian ckg

    ReplyDelete