Sunday 17 January 2021

PKPB BERTUKAR KE PKP?

 

PKPB KE PKP???





Pengumuman PKP 2.0 oleh kerajaan bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Yang lebih mengejutkan ialah PKP tidak dilaksanakan lebih cepat. Di kala pada suatu ketika, kita sebagai rakyat telah diberi amaran bahawa PKP mungkin dilaksanakan sekali lagi jika kes haria mencecah 3 angka.

Namun PKP belum juga diumumkan apabila angka kes haria telah melebihi 4 angka. Rekod kes harian saban hari terus dipecahkan dan ini pastinya sesuatu yang bukannya untuk dibanggakan tetapi seharusnya dibimbangkan.

Pastinya semua pihak telah belajar daripada PKP 1.0. Situasi PKP 2.0 kali ini agak berbeza dengan beberapa kelonggaran diberikan. Ya, sektor ekonomi juga perlu djaga agar ia tidak terjejas teruk.

Namun, masihkah kita ingat sewaktu PKP 1.0 di mana kebanyakan dari kita memang agak takut untuk keluar rumah walhal kes ketika itu tidaklah terlalu meruncing jika dibandingkan dengan apa yang berlaku pada hari ini.

Jika berkeperluan barulah kita akan keluar rumah dengan penjagaan SOP yang ketat. Pemakaian pelitup muka, penggunaan hand sanitizer malahan selepas balik dari sesuatu tempat pastinya kita akan terus mandi dan menukar pakaian. Bukan itu sahaja barangan yang dibeli juga tidak terus digunakan untuk memastikan kuman, bakteria dan virus sudah benar-benar tidak ada.

Itu situasi yang dulu, adakah masih ada situasi sebegini?

PKP 2.0 sangat berbeza dengan seolah-olah masyarakat sudah kebal dengan apa yang ada di persekitaran. Pergerakan keluar masuk ke zone rah seolah-olah menjadi kebiasaan dengan diiringi gelak tawa dan gurauan tanpa disulami rasa bimbang.

Benarla projek membawa masuk vaksin akan direalisasikan, namun apakah vaksin mampu mengubah segala-galanya? Tentunya tidak sama sekali.

Tidakkah kita rindukan suasana menghirup udara tanpa memakan sesuatu yang tersekat di muka kita?

Mungkin ada sedikit SOP yang ketat di kawasan PKP tetapi bagaimana pula kawasan PKPB? Nampaknya tidak ada perbezaan ketara dengan PKPP. Seboleh-bolehnya kawasan PKPB juga perlu diperhalusi SOPnya. Pergerakan di kawasan PKPB agak bebas dengan pelbagai aktiviti manusia. Sekurang-kurangnya untuk menghadkan pergerakan, kebenaran merentas daerah perlu dikaji semula kecuali bagi mereka yang bekeperluan khas.

Jika sesuatu tindakan drastik tidak diambil, maka angka kes harian mungkin bertambah lagi.

Moga ianya cepat berakhir....

 

No comments:

Post a Comment