REFLEKSI
RINGKAS PROGRAM EXTERNSHIP MALAYSIA TEACHER PRIZE @KPM
Peluang
menjalani program sangkutan (externship) di Kementian Pendidikan Malaysia
selama seminggu merupakan suatu pengalaman yang sangat berharga.
Kami diberi
peluang untuk meneroka fungsi bahagian-bahagian yang terdapat di KPM. Ternyata
setiap bahagian mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza. Individu-individu
yang berada di setiap bahagian ternyata pakar dalam bidang masing-masing.
Kepakaran
tersebut digabungkan dalam membentuk suatu dasar, rancangan dan hala tuju KPM.
Di sini saya belajar bahawa dalam suatu organisasi, kita perlu saling
bergantung antara satu sama lain.
Kami juga
berpeluang bertemu sendiri dengan kepimpinan tertinggi setiap bahagian. Ternyata
mereka sangat menyantuni kehadiran kami semua dan membuka ruang seluas-luasnya
terhadap sebarang kemusykilan dan persoalan.
Peluang
sebegini merupakan ruang yang sangat berharga di mana kami boleh mengemukakan
secara terus apa yang terbuku di hati untuk dilontarkan
Paling berharga
ialah momen eksklusif bersama YB Menteri Pendidikan, di mana kami berpeluang
untuk bersembang secara terus tanpa protokol dalam tempoh yang boleh dikatakan
agak lama.
Externship ternyata
membuka mata kami terhadap sebuah organisasi yang menguruskan sistem pendidikan
dalam sesebuah negara.
Jika ada
satu perkataan yang perlu saya pilih untuk saya simpulkan ialah “bermakna”
#cikgusafuan
No comments:
Post a Comment