Sunday 24 January 2021

PdPR PKP 2.0 - "TEPUK DADA, LIHAT SEKELILING"

 

PdPR PKP 2.0

“TEPUK DADA LIHAT SEKELILING”

                Pandemik covid 19 yang melanda negara untuk gelombang ke 3 memaksa KPM menangguhkan pembukaan sekolah sesi 2021 secara bersemuka. Justeru para guru diminta untuk menjalankan kelas secara PdPR.

                PdPR iaitu singkatan bagi pengajaran dan pembelajaran di rumah bukan sahaja menuntut persediaan para guru malah persediaan ibu bapa di rumah.

                Dengan pelbagai latar belakang sosioekonomi setempat, kemudahan prasaranan, capaian internet dan sebagainya maka PdPR boleh dilaksanakan secara pelbagai kaedah.

3 kaedah utama PdPR ialah secara online, offline dan juga off-site. Ketiga-tiga kaedah ini haruslah mengambil kira kesesuaian  kemudahan yang dimiliki oleh murid di rumah.

                PdPR bukanlah perkara yang sangat baru bagi guru untuk kali ini. PKP 1.0 pada Mac 2020 telah memaksa para guru untuk menimba ilmu baharu bagi mempersiapkan diri menghadapi suasana pengajaran secara norma baharu.

                Tema hari guru 2020, “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” jelas menunjukkan para guru juga perlu mendalami sebanyak mungkin ilmu baharu bagi memperkasakan ilmu dalam bidang pendidikan demi menjaga kepentingan generasi yang akan datang.

                Pastinya pelbagai kaedah telah dicuba oleh para guru bagi membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran yang diharapkan.

                Secara peribadi saya sendiri telah mencuba ketiga-tiga kaedah yang disebutkan di atas. Kaedah secara online sememangnya bagus, tetapi pelbagai kekangan dihadapi oleh murid. Tidak semua murid mampu bersemuka secara online dersama guru pada masa yang ditetapkan dek kerana beberapa faktor seperti tiada peranti sendiri, ada peranti tetapi tiada kemudahan internet, terpaksa berkongsi peranti dengan ahli keluarga yang lain dan ada juga masalah lain seperti tidak bersedia dalam waktu yang dijanjikan. Pendek kata ramai murid yang ditinggalkan oleh ibu bapa yang keluar untuk bekerja agak terabai untuk menghadiri kelas secara bersemuka ini.

Antara murid yang menghadiri
kelas PdPR secara online

Kaedah secara offline adalah antara kaedah yang paling berkesan setakat ini bagi menjalankan sesi PdPR. Apa yang saya gunakan ialah dengan menghasilkan video sendiri dan kemudiannya memuat naik ke dalam youtube. Pautan bagi video tersebut akan dikongsikan kepada para ibu bapa dan murid bagi menjalankan tugasan. Kaedah ini ternyata membawa respon yang positif dalam kalangan ibu bapa, murid dan juga guru-guru lain. Dengan pelaksanaan kaedah ini, murid dapat mengakses tugasan yang diberikan secara bila-bila masa sahaja.

Antara kaedah penyampaian
tugasan kepada murid
Antara respon positif daripada penjaga

 



Perkongsian link video tidak bermakna seseorang guru perlu menghasilkan video sendiri. Namun keupayaan dan kebolehan seseorang guru dalam menghasilkan video adalah suatu bonus kepada murid-muridnya sendiri.

Pelaksanaan secara off-site iaitu dengan membekalkan modul pembelajaran yang bertulis secara berkala juga telah dilakukan semasa PKP 1.0. Kaedah ini juga agak baik namun ia akan menelan kos yang agak tinggi bagi sesebuah sekolah. Kaedah ini mungkin terpaksa dilakukan juga di sesetengah tempat yang agak bermasalah dari segi capaian internet dan kemudahan lain. Bagi kawasan yang kebanyakan ibu bapa memiliki kemudahan maka keadah secara off-line adalah lebih wajar.

                Sedikit cadangan penambahbaikan dalam memastikan anak-anak menguasi pembelajaran untuk sekurang-kurangnya pada tahap minimum ialah

·         Menghadkan bilangan mata pelajaran sehari

·         Memberikan tugasan dalam kuantiti yang optimum.

·         Memberikan tumpuan bagi subjek teras dahulu

Kesimpulannya, secara peribadi saya melihat kaedah secara off-line adalah kaedah yang paling berkesan dan efektif untuk dijalankan sepanjang PKP 2.0 ini

Semoga perkongsian tulisan ini sedikit sebanyak membantu para guru dan juga ibu bapa dalam memahami konsep PdPR. Diharapkan juga bahawa ia akan membuka mata sesetengah pihak bahawa guru-guru adalah sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan PdPR.


Maklumat Penulis

 

Nama: Mohamad Safuan bin Rozak

Guru Cemerlang Sains

SK Jengka Pusat 2

 

Rujukan

https://www.youtube.com/c/CIKGUSAFUAN

cikgusafuan.blogspot.com

https://www.gpsbestari.com/mobile/tip/tip-mengajar/3-teknik-yang-perlu-cikgu-guna-sepanjang-pdpr-berlangsung-moga-bermanfaat-1.937384





Sunday 17 January 2021

PKPB BERTUKAR KE PKP?

 

PKPB KE PKP???





Pengumuman PKP 2.0 oleh kerajaan bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Yang lebih mengejutkan ialah PKP tidak dilaksanakan lebih cepat. Di kala pada suatu ketika, kita sebagai rakyat telah diberi amaran bahawa PKP mungkin dilaksanakan sekali lagi jika kes haria mencecah 3 angka.

Namun PKP belum juga diumumkan apabila angka kes haria telah melebihi 4 angka. Rekod kes harian saban hari terus dipecahkan dan ini pastinya sesuatu yang bukannya untuk dibanggakan tetapi seharusnya dibimbangkan.

Pastinya semua pihak telah belajar daripada PKP 1.0. Situasi PKP 2.0 kali ini agak berbeza dengan beberapa kelonggaran diberikan. Ya, sektor ekonomi juga perlu djaga agar ia tidak terjejas teruk.

Namun, masihkah kita ingat sewaktu PKP 1.0 di mana kebanyakan dari kita memang agak takut untuk keluar rumah walhal kes ketika itu tidaklah terlalu meruncing jika dibandingkan dengan apa yang berlaku pada hari ini.

Jika berkeperluan barulah kita akan keluar rumah dengan penjagaan SOP yang ketat. Pemakaian pelitup muka, penggunaan hand sanitizer malahan selepas balik dari sesuatu tempat pastinya kita akan terus mandi dan menukar pakaian. Bukan itu sahaja barangan yang dibeli juga tidak terus digunakan untuk memastikan kuman, bakteria dan virus sudah benar-benar tidak ada.

Itu situasi yang dulu, adakah masih ada situasi sebegini?

PKP 2.0 sangat berbeza dengan seolah-olah masyarakat sudah kebal dengan apa yang ada di persekitaran. Pergerakan keluar masuk ke zone rah seolah-olah menjadi kebiasaan dengan diiringi gelak tawa dan gurauan tanpa disulami rasa bimbang.

Benarla projek membawa masuk vaksin akan direalisasikan, namun apakah vaksin mampu mengubah segala-galanya? Tentunya tidak sama sekali.

Tidakkah kita rindukan suasana menghirup udara tanpa memakan sesuatu yang tersekat di muka kita?

Mungkin ada sedikit SOP yang ketat di kawasan PKP tetapi bagaimana pula kawasan PKPB? Nampaknya tidak ada perbezaan ketara dengan PKPP. Seboleh-bolehnya kawasan PKPB juga perlu diperhalusi SOPnya. Pergerakan di kawasan PKPB agak bebas dengan pelbagai aktiviti manusia. Sekurang-kurangnya untuk menghadkan pergerakan, kebenaran merentas daerah perlu dikaji semula kecuali bagi mereka yang bekeperluan khas.

Jika sesuatu tindakan drastik tidak diambil, maka angka kes harian mungkin bertambah lagi.

Moga ianya cepat berakhir....

 

PDPR- APA PERSEDIAAN PARA GURU?

 

PDPR- APA PERSEDIAAN PARA GURU?





Seperti yang dijangka peningkatan kes harian Covid-19 di seluruh negara memaksa KPM mengumumkan sesi persekolahan 2021 bakal bermula dengan kelas secara PDPR.

Justeru barisan guru dan ibu bapa perlu bersiap siaga bagi menghadapi sesi PDPR bermula 20 Januari ini.

Sebagai guru, ini merupakan beberapa teknik yang boleh dilakukan oleh guru sepanjang PDPR yang mungkin berlarutan dalam tempoh masa yang lebih lama

1.      1 LIVE STREAMING

 

Ini merupakan kaedah yang terbaik boleh dilakukan oleh guru. PKP kali pertama telah menjadikan para guru di Malaysia menggali banyak ilmu untuk memantapkan sesi PDPR. Pelbagai aplikasi sememangnya tersedia untuk digunakan antaranya Google Meet, Zoom, Streamyard, Youtube Live, Facebook Live dan banyak lagi.

 

Jika murid mempunyai kemudahan internet yang baik, maka inilah platform yang terbaik untuk digunakan.

Tonton video mudahnya menngajar guna Youtube di bawah

 https://youtu.be/KjyLn-sNKEQ


2.     2  RAKAMAN VIDEO

 

Kekangan waktu bekerja ibu bapa memungkinkan sesi live guru bersama murid agak kurang mendapat sambutan. Justeru guru boleh merakam video PDPR mereka yang dijalankan secara google meet dan kemudiannya dimuat naik ke chanel Youtube bagi membolehkan murid mengakses sesi PDPR pada bila-bila masa.

 

Guru-guru juga secara kreatif boleh menghasilkan video pdpc hanya menggunakan aplikasi mudah seperti Microsoft Power Point.

Tonton video cara hasilkan video menerusi Power Point di bawah

https://youtu.be/GQiDTKid9dk



3.      3 NOTA INFO GRAFIK

 

Kaedah pemberian soalan latihan tanpa penerangan sebenarnya adalah sesuatu yang memberi kesukaran kepada murid dan juga ibu bapa.

 

Sekiranya para guru berhadapan dengan kesukaran dengan capaian internet berkelajuan tinggi, maka nota secara info grafik juga boleh membantu memberi kefahaman kepada murid dalam menyiapkan tugasan yang diberi.

 

Nota secara info grafik ini boleh diedarkan sama ada dalam melalui Whatsapps Group atau pun modul bertulis yang boleh diedarkan secara berkala.

 

Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa PDPR

1.       - Elakkan pemberian tanpa penerangan seperti 3 kaedah yang dicadangkan di atas.

2.      -  Elakkan pemberian kuantiti latihan yang terlalu banyak

 

Cadangan Penambahbaikan

1.      -  Beri penumpuan kepada subjek teras sahaja.

2.       - Tetapkan kuantiti subjek/ hari dengan mengambil kira pelbagai kekangan

 

Dalam apa jua tindakan yang diambil, apa yang diharapkan murid-murid kita mempunyai keinginan dan keazaman untuk terus belajar.

#cikgusafuan #sayaCumaCikguBudak2SekolahRendah

7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS"

 7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS" Assalamualaikum Di sini saya kongsikan 7 Amali Ringkas untuk peng...