Friday, 28 August 2026

REFLEKSI RINGKAS PROGRAM EXTERNSHIP MALAYSIA TEACHER PRIZE @KPM

 

REFLEKSI RINGKAS PROGRAM EXTERNSHIP MALAYSIA TEACHER PRIZE @KPM

 

Peluang menjalani program sangkutan (externship) di Kementian Pendidikan Malaysia selama seminggu merupakan suatu pengalaman yang sangat berharga.

Kami diberi peluang untuk meneroka fungsi bahagian-bahagian yang terdapat di KPM. Ternyata setiap bahagian mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza. Individu-individu yang berada di setiap bahagian ternyata pakar dalam bidang masing-masing.

Kepakaran tersebut digabungkan dalam membentuk suatu dasar, rancangan dan hala tuju KPM. Di sini saya belajar bahawa dalam suatu organisasi, kita perlu saling bergantung antara satu sama lain.

Kami juga berpeluang bertemu sendiri dengan kepimpinan tertinggi setiap bahagian. Ternyata mereka sangat menyantuni kehadiran kami semua dan membuka ruang seluas-luasnya terhadap sebarang kemusykilan dan persoalan.

Peluang sebegini merupakan ruang yang sangat berharga di mana kami boleh mengemukakan secara terus apa yang terbuku di hati untuk dilontarkan

Paling berharga ialah momen eksklusif bersama YB Menteri Pendidikan, di mana kami berpeluang untuk bersembang secara terus tanpa protokol dalam tempoh yang boleh dikatakan agak lama.

Externship ternyata membuka mata kami terhadap sebuah organisasi yang menguruskan sistem pendidikan dalam sesebuah negara.

Jika ada satu perkataan yang perlu saya pilih untuk saya simpulkan ialah “bermakna”

 


#cikgusafuan

 

Tuesday, 11 March 2025

MODUL SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA

 MODUL SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA

Sistem peredaran darah merupakan salah satu topik  pembelajaran sains bagi tahun 5.

Modul ini disediakan bagi membantu para guru untuk menyediakan bahan pembalajaran dan pentaksiran kepada murid-murid



Moga bermanfaat


CIKGU SAFUAN


Muat turun modul sistem peredaran darah

Sunday, 23 February 2025

MODUL PEMBIAKAN MANUSIA

 MODUL PEMBIAKAN MANUSIA - SAINS TAHUN 6




Muat turun modul pembiakan manusia di sini


MODUL PEMBIAKAN MANUSIA


Semoga bermanfaat


-CIKGUSAFUAN-

Thursday, 28 November 2024

LATIH TUBI UASA SAINS TAHUN 4, 5 DAN 6

 LATIH TUBI UASA SAINS TAHUN 4, 5 DAN 6


Soalan latih tubi UASA SAIN TAHUN 4, 5 DAN 6 boleh dimuat turun melalui pautan di bawah


UASA SAINS TAHUN 4

UASA SAINS TAHUN 5

UASA SAINS TAHUN 6


Selamat menduduki UASA

Moga bermanfaat

Sunday, 24 November 2024

SLIDE PENGENALAN KEPADA AI

SLIDE PENGENALAN KEPADA AI



Asas Kecerdasan Buatan (AI)

Apakah Itu AI?
Kecerdasan Buatan (AI) ialah simulasi kecerdasan manusia dalam mesin. AI mampu berfikir dan bertindak seperti manusia, contohnya dalam aplikasi seperti Siri atau Google Assistant.

Sejarah Ringkas AI
AI bermula sejak 1950-an dengan idea Alan Turing. Pada 1997, komputer Deep Blue menewaskan juara catur dunia, dan kini AI digunakan secara meluas dalam kehidupan harian.

Jenis-Jenis AI

  1. Narrow AI: Fokus pada tugas tertentu seperti cadangan video YouTube.
  2. General AI: Masih dalam pembangunan.
  3. Super AI: Kecerdasan melampaui manusia, tetapi masih teori.

Bagaimana AI Berfungsi?
AI bergantung kepada data, algoritma, dan model latihan untuk "belajar" serta membuat keputusan. Contohnya, AI belajar mengenali wajah melalui ribuan gambar wajah.

Penggunaan AI Dalam Kehidupan Harian
AI digunakan dalam pelbagai bidang:

  • Kesihatan: Membantu doktor mendiagnosis penyakit.
  • Pendidikan: Tutor maya yang interaktif.
  • Industri: Robot yang mengautomasikan kerja di kilang.
  • Hiburan: Cadangan lagu di Spotify atau filem di Netflix.

Kebaikan AI
AI meningkatkan produktiviti, automasi kerja rutin, dan ketepatan dalam pelbagai sektor.

Cabaran & Risiko AI
Namun, AI juga membawa cabaran seperti:

  • Isu Etika: Privasi data dan penggantian pekerjaan manusia.
  • Ketelusan: Sukar memahami bagaimana AI membuat keputusan.
  • Keselamatan: Risiko penggunaan untuk tujuan jahat.

Masa Depan AI
AI dijangka menjadi lebih maju, contohnya dengan kereta pandu sendiri dan penyelesaian masalah global. Tetapi, ia perlu dikembangkan dengan pendekatan yang beretika dan bertanggungjawab.


Dengan teknologi yang semakin maju, memahami AI menjadi keperluan penting dalam era digital ini. Apa pandangan anda tentang peranan AI dalam kehidupan harian? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen! 😊

Muat turun slide Pengenalan Kepada Ai menerusi pautan berikut

Slide Pengenalan Kepada Ai


Terima kasih

-cikgusafuan-

Monday, 1 July 2024

CARA PENULISAN AMALAN TERBAIK

 CARA PENULISAN AMALAN TERBAIK



Apakah definisi amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran?


Kaedah, teknik, atau pendekatan yang telah terbukti berkesan dan efisien dalam mencapai hasil yang optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuk strategi yang membantu pelajar memahami dan menguasai pengetahuan serta kemahiran dengan lebih berkesan.

Amalan terbaik dalam perguruan buakan sahaja dalam konteks PDP tetapi juga meliputi pengurusan, hal ehwal murid dan juga ko-kurikulum

Berikut merupakan slide cara penulisan amalan terbaik



Klik pada link di bawah


Contoh Penulisan Amalan Terbaik


SEMOGA BERMANFAAT















REFLEKSI RINGKAS PROGRAM EXTERNSHIP MALAYSIA TEACHER PRIZE @KPM

  REFLEKSI RINGKAS PROGRAM EXTERNSHIP MALAYSIA TEACHER PRIZE @KPM   Peluang menjalani program sangkutan (externship) di Kementian Pendid...