Sunday 24 January 2021

PdPR PKP 2.0 - "TEPUK DADA, LIHAT SEKELILING"

 

PdPR PKP 2.0

“TEPUK DADA LIHAT SEKELILING”

                Pandemik covid 19 yang melanda negara untuk gelombang ke 3 memaksa KPM menangguhkan pembukaan sekolah sesi 2021 secara bersemuka. Justeru para guru diminta untuk menjalankan kelas secara PdPR.

                PdPR iaitu singkatan bagi pengajaran dan pembelajaran di rumah bukan sahaja menuntut persediaan para guru malah persediaan ibu bapa di rumah.

                Dengan pelbagai latar belakang sosioekonomi setempat, kemudahan prasaranan, capaian internet dan sebagainya maka PdPR boleh dilaksanakan secara pelbagai kaedah.

3 kaedah utama PdPR ialah secara online, offline dan juga off-site. Ketiga-tiga kaedah ini haruslah mengambil kira kesesuaian  kemudahan yang dimiliki oleh murid di rumah.

                PdPR bukanlah perkara yang sangat baru bagi guru untuk kali ini. PKP 1.0 pada Mac 2020 telah memaksa para guru untuk menimba ilmu baharu bagi mempersiapkan diri menghadapi suasana pengajaran secara norma baharu.

                Tema hari guru 2020, “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” jelas menunjukkan para guru juga perlu mendalami sebanyak mungkin ilmu baharu bagi memperkasakan ilmu dalam bidang pendidikan demi menjaga kepentingan generasi yang akan datang.

                Pastinya pelbagai kaedah telah dicuba oleh para guru bagi membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran yang diharapkan.

                Secara peribadi saya sendiri telah mencuba ketiga-tiga kaedah yang disebutkan di atas. Kaedah secara online sememangnya bagus, tetapi pelbagai kekangan dihadapi oleh murid. Tidak semua murid mampu bersemuka secara online dersama guru pada masa yang ditetapkan dek kerana beberapa faktor seperti tiada peranti sendiri, ada peranti tetapi tiada kemudahan internet, terpaksa berkongsi peranti dengan ahli keluarga yang lain dan ada juga masalah lain seperti tidak bersedia dalam waktu yang dijanjikan. Pendek kata ramai murid yang ditinggalkan oleh ibu bapa yang keluar untuk bekerja agak terabai untuk menghadiri kelas secara bersemuka ini.

Antara murid yang menghadiri
kelas PdPR secara online

Kaedah secara offline adalah antara kaedah yang paling berkesan setakat ini bagi menjalankan sesi PdPR. Apa yang saya gunakan ialah dengan menghasilkan video sendiri dan kemudiannya memuat naik ke dalam youtube. Pautan bagi video tersebut akan dikongsikan kepada para ibu bapa dan murid bagi menjalankan tugasan. Kaedah ini ternyata membawa respon yang positif dalam kalangan ibu bapa, murid dan juga guru-guru lain. Dengan pelaksanaan kaedah ini, murid dapat mengakses tugasan yang diberikan secara bila-bila masa sahaja.

Antara kaedah penyampaian
tugasan kepada murid
Antara respon positif daripada penjaga

 



Perkongsian link video tidak bermakna seseorang guru perlu menghasilkan video sendiri. Namun keupayaan dan kebolehan seseorang guru dalam menghasilkan video adalah suatu bonus kepada murid-muridnya sendiri.

Pelaksanaan secara off-site iaitu dengan membekalkan modul pembelajaran yang bertulis secara berkala juga telah dilakukan semasa PKP 1.0. Kaedah ini juga agak baik namun ia akan menelan kos yang agak tinggi bagi sesebuah sekolah. Kaedah ini mungkin terpaksa dilakukan juga di sesetengah tempat yang agak bermasalah dari segi capaian internet dan kemudahan lain. Bagi kawasan yang kebanyakan ibu bapa memiliki kemudahan maka keadah secara off-line adalah lebih wajar.

                Sedikit cadangan penambahbaikan dalam memastikan anak-anak menguasi pembelajaran untuk sekurang-kurangnya pada tahap minimum ialah

·         Menghadkan bilangan mata pelajaran sehari

·         Memberikan tugasan dalam kuantiti yang optimum.

·         Memberikan tumpuan bagi subjek teras dahulu

Kesimpulannya, secara peribadi saya melihat kaedah secara off-line adalah kaedah yang paling berkesan dan efektif untuk dijalankan sepanjang PKP 2.0 ini

Semoga perkongsian tulisan ini sedikit sebanyak membantu para guru dan juga ibu bapa dalam memahami konsep PdPR. Diharapkan juga bahawa ia akan membuka mata sesetengah pihak bahawa guru-guru adalah sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan PdPR.


Maklumat Penulis

 

Nama: Mohamad Safuan bin Rozak

Guru Cemerlang Sains

SK Jengka Pusat 2

 

Rujukan

https://www.youtube.com/c/CIKGUSAFUAN

cikgusafuan.blogspot.com

https://www.gpsbestari.com/mobile/tip/tip-mengajar/3-teknik-yang-perlu-cikgu-guna-sepanjang-pdpr-berlangsung-moga-bermanfaat-1.937384





No comments:

Post a Comment