Thursday 25 June 2020

KOLEKSI VIDEO TOPIK HABA

Perkongsian video topik haba berdasarkan buku teks daripada Guru Cemerlang Sains, Cikgu Safuan.
Jom manfaatkan video-video ini kepada anak-anak...

TEKNIK MENGGUNAKAN TERMOMETER
(buku teks muka surat 129)


EKSPERIMEN MENJADI PANAS ATAU SEJUK
(Buku teks ms 131)
EKSPERIMEN PERUBAHAN SUHU
(Buku teks ms 133-134)

EKSPERIMEN PENGEMBANGAN & PENGECUTAN
(Buku teks ms 136-137)

EKSPERIMEN SUIS HABA
(Buku teks ms 142)

LAGU HABA

Semoga bermanfaat untuk semua.


Wednesday 3 June 2020

FOTOSINTESIS


FOTOSINTESIS

KITA SERING MEMERHATIKAN TUMBUHAN SEMAKIN MEMBESAR DAN MENINGGI DARI SEMASA KE SEMASA
NAMUN PERNAHKAN KITA FIKIRKAN BAGAIMANAKAH TUMBUHAN INI MAKAN?
YA…. WALAUPUN TUMBUHAN TIDAK BOLEH BERGERAK KE SANA KE SINI TETAPI TUMBUHAN MASIH BERUPAYA MENIKMATI MAKANANNNYA SENDIRI

BAGAIMANA?
TUMBUHAN MAKAN MELALUI PROSES FOTOSINTESIS

APA ITU FOTOSINTESIS?
FOTOSINTETSIS IALAH PROSES TUMBUHAN MEMBUAT MAKANAN SENDIRI

BAGAIMANA PROSES INI BERLAKU?
DALAM PROSES FOTOSINTESIS, TUMBUHAN MEMERLUKAN CAHAYA SEBAGAI SUMBER TENAGA IA DIBANTU DENGAN KANDUNGAN KLOROFIL YANG TERDAPAT PADA BAHAGIAN DAUN TUMBUHAN.
AIR DISERAP OLEH BAHAGIAN AKAR TUMBUHAN MANAKALA KARBON DIOKSIDA DISERAP MELALUI LIANG YANG TERDAPAT PADA DAUN

HASIL DARIPADA PROSES FOTOSINTESIS IALAH GAS OKSIGEN DAN JUGA GLUKOSA.
GLUKOSA MEMBENTUK KANJI YANG TERSIMPAN PADA BAHAGIAN DAUN, BATANG, AKAR, BIJI BENIH, BUNGA DAN BUAH

APAKAH KEPENTINGAN FOTOSINTESIS KEPADA HIDUPAN
1.       MEMBEKALKAKAN MAKANAN KEPADA MANUSIA & HAIWAN
2.       MEMBEKALKAN OKSIGEN KEPADA HAIWAN DAN MANUSIA UNTUK BERNAFAS.
3.       MENGEKALKAN KESEIMBANGAN UDARA DI ALAM INI.







GAGAL PERMOHONAN UPU. TERIMA 3 TAWARAN HEBAT SELEPAS MERAYU

Bagi anak-anak yang gagal dalam permohonan ke UPU, ini  bukanlah penamat segala cerita. Ikuti kisah ini......



Aku bangun awal pada hari ini. Hari ini merupakan hari yang amat dinanti-nantikan.
Ya, keputusan SPM bakal diumumkan. Setelah memohon restu dari ibuku, aku bergegas ke sekolah. Aku merupakan antara pelajar yang terawal hadir untuk mengambil keputusan peperiksaan yang bakal menentukan masa depan ku.

Ku lihat kereta PK1 Cikgu Wan Zakaria atau lebih dikenali sebagai PK Pok Ya dalam kalangan rakan-rakanku memasuki perkarangan sekolah. Hati semakin berdebar. Keluar sahaja dari kereta, beliau terus menyapaku bersama rakan-rakan dengan wajah yang agak serius. Aku semakin berdebar. Dalam perasaan yang penuh debaran itu, aku terus mengekori PK Pok Ya masuk ke pejabat.

Pada masa itu tiada langsung majlis pengumuman keputusan yang "grand' seperti mana yang berlaku pada hari ini. Dalam masa beberapa minit sahaja aku telah mendapatkan keputusan peperiksaanku.

"Dup dap dup dap". Dengan perlahan-lahan aku menatap slip keputusan peperiksaan ku. Terus ku kira bilangan A1 yang agak banyak juga  ku perolehi. Alhamdulillah aku berjaya memperoleh gred 1 dengan 11 Agregat. Terus ucapan tahniah terkeluar dari mulut PK Pok Ya.

Aku rasa amat bersyukur dengan keputusan itu. Orang yang tidak sabar untuk ku tunjukkan slip keputusan itu tidak lain tidak buan ialah ibuku. Aku segera pulang ke rumah dan terus mendapatkan ibuku. Ibu mana yang tidak gembira dengan keputusan cemerlang anaknya. Terus kami berpelukan dan pelukan itu masih ku rasakan sehingga kini. 
(Al-Fatihah buat ibuku yang teleh kembali ke rahmatullah pada tahun 2014)

Keputusan SPM 1997 yang diumumkan sekitar bulan Mac tahun 1998 itu sebenarnya telah melonjakkan diriku sebagai pelajar kedua terbaik kelas aliran sains tulen di sekolahku.
Sebagai catatan pelajar terbaik kelasku memperolehi keputusan 10 Agregat (Kini beliau merupakan seorang Doktor di HUSM Kubang Kerian)

Tibalah masa untuk mengisi borang permohonan ke IPTA ataupun lebh dikenali sebagai borang UPU. Semasa mengisi borang hatiku berasa amat yakin untuk ditawarkan ke universiti pilihan berdasarkan keputusan SPM ku itu.

Mei 1998, bermula panggilan ke universiti. Seorang demi seorang rakanku mendapat tawaran di sana sini. Ku masih menunggu dan menunggu sehinggalah rasmi daraipada pihak UPU mengatakan aku GAGAL dalam permohonanku. Hancur luluh perasaanku ketika itu.

Dikatakan UPU mengalami gangguan sistem pada masa itu sehinggakan pelajar gred 3 juga mendapat tawaran. Entahlah itu lah yang aku dengar.

Rayuan harus dibuat, kami sekeluarga ke Kuala Lumpur untuk mengemukakan rayuan. Mujurlah ada rumah Ayah Da, bapa saudaraku yang boleh kami tumpang bermalam di ibu kota. Pada awal pagi kami ke Pusat Damansara untuk mengemukakan rayuan. Setibanya di sana kelihatan pejabat UPU begitu sesak dengan mereka yang ingin mengemukakan rayuan.

Abah berurusan dengan petugas di kaunter. Beliau meminta kami menyediakan surat rayuan. Kami pulang dahulu ke rumah Ayah Da untuk menyediakan segala keperluan untuk mengemukakan rayuan. Dengan tulisan umpama mesin taip, abah telah menulis surat rayuan dengan begitu kemas sekali. Surat tersebut kemudian dihantar ke UPU dan dihantar juga ke setiap universiti pilihan.

Kami sekeluarga pulang semula ke Kelantan. Aku terus menanti dengan penuh harapan.

Pada suatu hari, aku menerima "TELEGRAM" yang meminta untuk melaporkan diri ke Kolej Yayasan Pelajaran Mara Kota Bharu dengan segera.

Alhamdulillah aku mendapat tawaran untuk mengikuti Program Matrikulasi Sains Fizik UPM. Aku rasa lebih beryukur kerana kedudukan KYPM tidak jauh dari rumahku. Aku berasa amat gembira.

Kira-kira seminggu di sana, aku mendapat dua lagi tawaran yang agak menarik. Matrikulasi Sains Biologi UKM bertempat di Kolej UNIKEB Jengka dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) KM12 ITM Shah Alam.

Agak menarik kedua-dua tawaran tersebut namun bagiku yang lebih awal hadir itu adalah pilihanku.


Bagi anak-anak yang gagal dalam permohonan ke UPU, ini  bukanlah penamat segala cerita. Anda masih berpeluang mengemukakan rayuan. Anda juga mungkin ada rezeki yang lebih baik di tempat lain.

#cikgusafuan





TEKA TEKI DIALEK KELATE ADA PEMINAT TERSENDIRI

Sejak musim PKP ini timbul idea untuk merakam video teka-teki dalam dialek negeri Cik Siti Wan Kembang.

Alhamdulillah teka-teki dalam dialek Kelantan ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Setakat ini 5 teka-teki dalam dialek Kelantan telah dirakam dan diterbitkan

Inshaa Allah lebi banyak teka teki akan dirakam dan diterbitkan.

Berikut merupakan pautan bagi playlist TEKA TEKI KELATE

TEKA TEKI KELATE


7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS"

 7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS" Assalamualaikum Di sini saya kongsikan 7 Amali Ringkas untuk peng...