Thursday 30 September 2021

MY SCIENCE NOTE BOOK (IBSE)

 Assalamualaikum wbt

4 hari berkursus IBSE penat tak terkata dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Menggagahkan diri juga untuk menghasilkan "MY SCIENCE NOTE BOOK (IBSE)"



Kepada yang ingin membuat rujukan bolehlah memuat turun di


https://drive.google.com/file/d/1qVNdncdKJVSusTIbBONn14ixpIUECvq-/view?usp=sharing



Terima kasih

Saturday 18 September 2021

Modul Pendekatan Inkuiri Melalui Penguasaan Kemahiran Proses_Sains - TAHUN 5

 Modul Pendekatan Inkuiri Melalui Penguasaan Kemahiran Proses_Sains - TAHUN 5



Assalamualaikum wbt.... kepada yang ingin memuat turun modul ini boleh klik link di bawah


https://drive.google.com/file/d/1k7uFOSNgMRRtKwkK3qSfV9zigir5svoq/view?usp=sharing


Terima kasih


Kredit kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM

Tuesday 14 September 2021

MODUL PBD SAINS TAHUN 4 - MODUL TENAGA SAYA

 MODUL TENAGA



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Alhamdulillah satu lagi modul pembelajaran siap dihasilkan.

MODUL TENAGA SAYA boleh dimuat turun melalui 

https://drive.google.com/file/d/1ypHhr_k2a2xhztXkZ1xy-cKZ6ta4iISq/view?usp=sharing

Semoga bermanfaat

CIKGUSAFUAN

Monday 13 September 2021

MODUL GERHANA & BURUJ

 MODUL GERHANA & BURUJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah siap pula sebuah lagi modul pembelajaran sains untk dimanfaatkan oleh rakan-rakan guru dan murid di seluruh negara. Modul ini menggabungkan dua tajuk iaitu gerhana dan juga buruj



Modul ini boleh dimuat turun melalui pautan berikut

https://drive.google.com/file/d/1-_eRR00Uki7S8ty5ZbaWzCRiN7MHJwWc/view?usp=sharing

Semoga bermanfaat buat yang memerlukan

Terima kasih

CIKGU SAFUAN

MODUL PBD SAINS TAHUN 5- JIRIM

 MODUL JIRIM SAYA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Sekali lagi CIKGU SAFUAN suka untuk berkongsi modul pembelajaran kepada rakan-rakan guru dan murid seluruh negara.



Modul Jirim Saya nama diberi

Semoga dapat manfaat yang dicari

Modul ini boleh dimuat turun melalui pautan berikut

https://drive.google.com/file/d/14wnUBOVB0CYsFoxVvsNjF9nn9BQG8QwB/view?usp=sharing



Semoga bermanfaat bagi mereka yang memerlukannya


CIKGUSAFUAN

Friday 10 September 2021

KISAH DUA BERANAK DAN SEEKOR KELDAI

 KISAH DUA BERANAK DAN SEEKOR KELDAI



    Umumnya pasti telah mengetahui cerita yang sangat tershor ini. Namun sejauhmana manusia mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini.

Mari kita semula gambaran yang berlaku dalam cerita ini berdasarkan gambar di bawah.


Sampai bila-bila pun golongan ini akan wujud.


1.Kita sendiri di pihak si ayah dan si anak

Sedikit sebanyak kita sendiri akan terpengaruh juga dengan kata-kata orang-orang di sekeliling kita

2. Orang yang mengata

Adalah lebih buruk sekiranya kita tergolong dalam kumpulan ini. Memberi pandangan tanpa kita sendiri mengetahui hal sebenarnya.

Moga-moga kita dijauhkan daripada termasuk dalam kumpulan ini.




Thursday 9 September 2021

SEMBANG KARI CIKGU

SEMBANG KARI CIKGU





PART 1


PART 2


PART 3 -  CIPTA DIALOG SENDIRI



Semua orang tidak berada dalam situasi yang sama. 

Ada yang tidak berminat untuk menjadi pentadbir sekolah tetapi ada yang sangat berminat.

Salah ke minat untuk menjadi pentadbir? Berdosa? Gila pangkat? Atau tidak bersyukur?

Bermacam komen ditulis apabila dilontarkan persoalan tentang perjawatan yang masih bercelaru sebenarnya di sekolah rendah. Bukan gila jawatan, gila kuasa mahupun tidak bersyukur. Namun sekadar ingin melihat agar adanya perubahan dalam sistem kenaikan pangkat di sekolah rendah yang sememangnya tidak sama di sekolah menengah. 

"Ala... 8863 time based boleh naik gred jugak.... Bersyukurlah ramai lagi kat luar sana graduan yang menganggur"....

Ya, gred boleh naik.... dalam masa 25 tahun selepas penempatan dengan time based 8863, guru sekolah rendah juga boleh naik sehingga DG54. Syukur alhamdulillah.

Namun guru-guru sekolah rendah juga perlu diberi hak untuk memohon Guru Cemerlang gred DG52 ke atas yang pastinya belum ada sehingga kini. Tidak seperti peluang yang diberikan kepada guru-guru sekolah menengah.

Selain itu peluang untuk memegang jawatan pentadbiran di sekolah harus dibuka kepada gred yang lebih tinggi, bukan terhad kepada apa yang ada pada masa kini.

Sudah tiba masanya gred hakiki Guru Besar dan Guru Penolong Kanan di sekolah rendah dinaikkan.

Ada kemungkinan juga pihak atasan tidak menyedari situasi ini. Justeru diharapkan ada sinar menanti.

Berfikir dahulu sebelum menulis sebarang komen kerana komen kita melambangkan mentaliti kita. Tulisan kita adalah cerminan diri kita.

Terima kasih.

Wednesday 8 September 2021

APA NASIB GURU DG 48 SEKOLAH RENDAH?

NASIB GURU DG 48 SEKOLAH RENDAH



Tahun 2004 merupakan tahun pertama penempatan guru-guru siswazah di sekolah rendah. Golongan ini merupakan kumpulan batch pertama Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sekolah rendah yang melalui kursus selama setahu di maktab perguruan pada tahun 2003.

Skim Time Based berasaskan kecemerlangan dengan formula 8-8-6-3 membolehkan kumpulan guru ini berada di gred DG 48 pada hari ini. Namun, apakah nasib kumpulan ini?

Berikut merupakan perkara-perkara yang tidak boleh dimohon oleh kumpulan guru ini

1. Tidak boleh memohon jawatan pentadbir di sekolah kerana telah berada di gred DG 48

2. Tidak boleh memohon jawatan Guru Cemerlang ke gred seterusnya kerana Gred DG52 ke atas bagi GC sekolah rendah tidak ada dalam perjawatan.


Amat malang sekali sekiranya perkara ini dibiarkan memandangkan guru-guru dalam kumpulan ini telah berkhidmat melebihi 16 tahun dalam sektor pendidikan. Seharusnya mereka yang berminat dan berkelayakan diberikan tempat dalam bidang pentadbiran juga.

Diharapkan pihak yang berkenaan memikirkan tindakan yang sepatutnya dalam membela nasib golongan guru ini.


Terima kasih

KPLI Sekolah Rendah 2003 (IPDA)


7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS"

 7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS" Assalamualaikum Di sini saya kongsikan 7 Amali Ringkas untuk peng...