Wednesday 7 June 2023

12 RESOLUSI KONVENSYEN LIBAT URUS PBS 2023

12  RESOLUSI KONVENSYEN LIBAT URUS PBS 2023



Pada tanggal 6-7 Jun 2023 telah berlangsungnya Konvensyen Libat Urus Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS yang telah diadakan di Wyndham Acmar Hotel di Klang.

Konvensyen yang dihadiri oleh sekalian guru di seluruh negara, pelajar-pelajar IPG, PIBG, PIKBS, agensi swasta serta ibu bapa sebagai peserta dikelolakan sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan.


Konvensyen ini merupakan kemuncak bagi sesi libat urus yang telah diadakan di 6 zon di seluruh negara pada April yang lalu.

Konvensyen yang dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek itu telah mencapai 12 resolusi yang cukup penting

#Item nombor 10 asalnya dimansuhkan, namun pembetulan dibuat dengan meneruskannya dengan autonomi oleh pihak sekolah

1. PBS diteruskan dengan penambahbaikan

2. Latihan dalam pentaksiran perlu diberikan kepada pelaksana dan bakal pelaksana pentaksiran bagi membantu mereka meningkatkan kemahiran dalam mentadbir, mengurus, mentaksir dan melaksanakan intervensi

3. Meningkatkan kapasiti dan keupayaan teknologi terkini dalam pentaksiran

4. Kaedah dan pelaksanaan pentaksiran psikometrik perlu ditambahbaik supaya data dan maklumat yang diperoleh adalah tepat, bermakna dan boleh dimanfaatkan untuk peningkatan perkembangan murid

5. Menempatkan guru kaunseling sepenuh masa di semua sekolah

6. Penglibatan murid dalam semua peringkat aktiviti dalam dan luar negara diberi pengiktirafan dalam PAJSK

7. Autonomi diberikan kepada pihak sekolah dalam pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum secara fleksibel

8. Meningkatkan kefahaman ibu bapa/ penjaga dalam pelaksanaan PBS

9. Sekolah perlu mempunyai pakar rujuk pentaksiran yang diiktiraf oleh badan yang mempunyai autoriti dalam pentaksiran.

10. Ujian Akhir Sesi Akademik diteruskan dan sekolah terus diberi autonomi dalam pelaksanaan pentaksiran sumatif.

11. Perkara yang ditaksir dalam PBS adalah konstruk yang berkaitan dengan perkembangan potensi sebagaimana hasrat FPK dan seiring konsep "Anak Baik Lagi Cerdik", karamah insaniah dan objektif serta matlamat pembelajaran abad ke 21

12. Untuk memperkasa PBS perkara-perkara berikut hendaklah direalisasikan

i) Pemastian siapa, mengapa dan apa yang ditaksir harus dilakukan pada PBS

ii) Penjagaan ciri-ciri psikometrik, insanometrik dan kerangka

iii) Pensejajaran PBS dengan Incheon Declaration Education 2030

iv) The characteristic of the 21st century assessment

v) Pensejajaran PBS dengan assessment trend in education: A shift to assessment for learning



7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS"

 7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS" Assalamualaikum Di sini saya kongsikan 7 Amali Ringkas untuk peng...