TIP
MENYERTAI PERTANDINGAN INOVASI SECARA ATAS TALIAN
1. SEDIAKAN SLIDE YANG TERBAIK
Pertandingan inovasi secara atas talian pastinya memerlukan persembahan slaid
yang baik.
Antara ciri-ciri slaid yang baik ialah
·
Tulisan
yang mudah dibaca
·
Slaid
yang ringkas
·
Slaid
yang tidak terlalu banyak
·
Grafik
yang jelas
·
Penggunaan
audio video yang baik (jika ada)
2. MULAKAN DENGAN KATA-KATA ALUAN YANG
PENUH HIKMAH
Permulaan atau mukadimah yang baik pastinya akan membuatkan juri
terpegun. Mungkin peserta boleh memulakan dengan bingkisan kata-kata yang
memukau atau boleh juga mengunakan pantun.
Jangan lupa puji-pujian kepada Allah, pihak penganjur dan para juri.
3. BERBICARA DENGAN PENUH KEYAKINAN
Tutur kata yang penuh yakin dapat menonjolkan lagi kekuatan inovasi yang
dihasilkan. Jika anda kurang yakin dari aspek komunikasi, anda mungkin memerlukan
sesi rehearsal sebelum pertandingan.
4. PASTIKAN SETIAP KRITERIA ADA
Setiap kriteria yang terkandung dalam borang pemarkahan seharusnya perlu
diketahui oleh para peserta. Ini bagi membolehkan peserta mengatehui bahagian-bahagian
yang menyumbang kepada pemarkahan
5. TONJOLKAN KEKUATAN PRODUK YANG
DIHASILKAN
Semasa pembentangan dilakukan, tonjolkan kekuatan yang ada bagi produk
yang dihasilkan. Masukkan data dan impak yang “wow” setelah produk diuji.