Sunday 7 February 2021

LENGKAP VIDEO TOPIK PERNAFASAN MANUSIA

 

LENGKAP VIDEO TOPIK PERNAFASAN MANUSIA

SAINS TAHUN 4

 

ORGAN PERNAFASAN MANUSIA

https://youtu.be/AZJH0muy2B0

 

KANDUNGAN UDARA SEMASA PERNAFASAN

https://youtu.be/xwZWA8bp7BI

 

PERGERAKAN DADA SEMASA PERNAFASAN

https://youtu.be/HHUTTzoYaB4

 

JENIS AKTIVITI MEMPENGARUHI KADAR PERNAFASAN

https://youtu.be/VTdGlhlRpjQ

 

SUBSCRIBE CHANEL YOUTUBE CIKGU SAFUAN

 

ISU PdPR PENTING UNTUK IBU BAPA BACA

 ISU PdPR

PENTING UNTUK IBU BAPA BACA



  Sekali lagi saya terpanggil untuk menulis tentang isu PdPR yang rancak diperkatakan di media sosial pada masa kini. Sebagai guru dan juga ibu bapa, kita perlu tahu dan faham konsep PdPR yang betul agar kita tidak saling menyalahkan antara satu sama lain.

  Beberapa pendapat dilontarkan oleh para ibu bapa tentang PdPR. Antaranya ialah meminta guru untuk menghasilkan video pdpc sendiri bukannya berkongsi link dari guru yang lain. SEBENARNYA PERKONGSIAN LINK VIDEO BUKANLAH SUATU KESALAHAN BAGI PELAKSANAAN PdPR. Pastinya seseorang guru telah meneliti kandungan video tersebut sebelum dikongsi dengan para pelajar. Di situ juga ada konsep pengajaran yang berlaku antara guru dan murid. Al-kisah semasa persekolahan secara bersemuka pun, para guru sering juga menayangkan video-video semasa pdpc bagi menambahkan lagi pengetahuan murid.

  Cuma saya tidak nafikan ada segelintir guru yang meminta murid menyalin nota dan menjawab soalan latihan semata-mata tanpa bantuan penerangan sokongan seperti video mahupun info- grafik. Cara inilah sebenarnya yang harus diperbetulkan.

Sebenarnya bukanlah mudah bagi seseorang guru untuk menghasilkan video sendiri. Ia memerlukan kepakaran dan pengetahuan bagi menghasilkan video yang baik. Saya yakin guru-guru di negara kita sentiasa komited dalam menambahkan ilmu bagi peningkatan profesionalisma diri masing-masing. Dedikasi dan kerajinan guru-guru di negara kita sememangnya mendapat pengiktifaran dunia.

  Diharapkan para ibu bapa dapat memperbetulkan salah faham yang timbul. Sama-samalah kita berganding bahu dan menyokong usaha antara satu sama lain bagi memastikan anak-anak kita tidak keciciran dalam menimba ilmu

7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS"

 7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS" Assalamualaikum Di sini saya kongsikan 7 Amali Ringkas untuk peng...