Sunday 29 August 2021

Panduan Membina Modul Pembelajaran

Panduan Membina Modul Pembelajaran

Modul pembelajaran merupakan salah satu kaedah yang  baik bagi menilai tahap penguasaan murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan modul-modul pembelajaran yang baik?

Berikut merupakan beberapa tip dan langkah yang boleh dijadikan panduan untuk para guru



1. Tentukan Tajuk Modul 

        Tajuk modul mestilah mengikut standard kandungan dalam DSKP. Walaubagaimanapun guru boleh menamakan modul mengikut kreativiti tersendiri asalkan tidak lari daripada tema dan topik yang terkandung dalam DSKP. 


2. Nota Rujukan Di Dalam Modul

        Ramai yang beranggapan bahawa modul pembelajaran hanya mengandungi soalan semata-mata. Sebenarnya modul pembelajaran yang baik perlu mempunyai nota berstruktur yang mampu dijadikan panduan kepada murid untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Mungkin penggunaan nota seperti ini akan menambahkan bilangan muka surat bagi modul yang dihasilkan. Justeru dalam era teknologi pada masa kini, adalah lebih baik juga para guru menggunakan kemudahan seperti pautan kod QR video atau nota yang boleh menjadi rujukan murid-murid.


3. Soalan

        Apabila adanya modul pastinya fokus utama ialah soalan. Soalan yang dikemukakan mestikan mengikut standard pembelajaran yang tepat berdasarkan DSKP. Catatan standard pembelajaran seharusnya ada pada setiap soalan yang dikemukakan


Sekiranya tiga elemen ini ada, barulah ia boleh dikatakan modul pembelajaran dalam erti kata yang sebenarnya. Modul yang dirancang dengan teliti akan memudahkan guru menilai dan mentaksir kemajuan murid dalam sesuatu topik. 


Bolehkah menggunakan modul yang dihasilkan oleh guru lain?

Tentu sekali boleh, asalkan mendapat keizinan tuan asalnya. Sekiranya pemilik asal telah berkongsi modul tersebut secara 'public' tentu sekali beliau telah memberi keizinan untuk dikongsi. 

Cuma janganlah pula kita memuat naik dan edit semula seolah-olah modul itu kita yang punya. Tak beretika namanya tu....

Satu lagi amalan yang patut dielakkan ialah dengan membuat salinan ke atas buku-buku kerja. Memang itu merupakan kerja yang paling mudah. Namun adakah kandungan yang terdapat dalam buku-buku tersebut menepati apa yang patut ada dalam penghasilan modul? Adakah perbuatan itu beretika?

Tepuk dada tanya hati...

Berikut merupakan pautan bagi contoh modul yang dihasilkan oleh penulis

MODUL HABA SAYA

https://drive.google.com/file/d/1KY67gC0oK4ofWjtUY_OLZvzbaJKvIgbO/view?usp=sharing

MODUL CAHAYA SAYA

https://drive.google.com/file/d/17G1iyDSBXC5xeQ_RxEMb38M5OSGSsDZU/view?usp=sharing


Terima kasih


Sunday 15 August 2021

PENGALAMAN LUAR BIASA RAKAMAN DIDIK TV DI LUAR STUDIO

PENGALAMAN LUAR BIASA RAKAMAN DIDIK TV DI LUAR STUDIO



8 OGOS 2021

Sekali lagi saya diberikan peluang untuk bersiaran dalam rancangan di Didik TV KPM. Penampilan pada kali ini  agak berbeza dan mengujakan kerana saya berpeluang untuk bersiaran di luar studio. Pastinya berbeza dengan tiga siaran yang saya lalui sebelum ini.



Mengapa siaran kali ini diadakan di luar studio?

Sebenarnya, siaran di luar studio adalah di atas permintaan saya sendiri kerana topik yang saya bawakan pada kali ini ialah HABA yang banyak menggunakan sumber api yang mana saya sedia maklum tidak boleh dijalankan di dalam studio. Semasa menyediakan sinopsis, saya ada membuat catatan bahawa slot pada kali ini perlu diadakan di luar studio. 

Saya benar-benar berharap agar permintaan saya ini diterima. Ini kerana aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan melibatkan penggunaan bahan api iaitu eksperimen takat didih air serta pengembangan dan pengecutan bahan (pepajal, cecair dan udara). Apa yang saya harapkan ialah murid-murid di rumah dapat merasai pembelajaran seperti berada di sekolah walaupun mereka berada di rumah.

Semasa sesi pembentangan menerusi Google Meet saya juga mencadangkan untuk menjadikan aktiviti "fire show"sebagai set induksi. Lantas pihak penerbitan amat tertarik dan meminta saya melakukan aksi tersebut. Secara tidak langsung saya perlu berlatih dengan bersungguh-sungguh agar pertunjukan api itu nanti berjalan dengan lancar tanpa cacat cela.

Saya juga difahamkan oleh pihak produksi bahawa kos penyiaran di luar studio adalah lebih tinggi berbanding di studio. Ini menambahkan lagi semangat, keazaman dan keinginan saya untuk melakukan yang terbaik.

Saya juga difahamkan krew penerbitan juga agak teruja untuk menjalankan penggambaran pada sesi kali ini.




Cabaran beraksi di luar studio

Alhamdulillah dengan sokongan orang kuat Didik TV sendiri sinopsis tersebut diluluskan. Saya rasa amat bersyukur dan berterima kasih. Namun untuk bersiaran di luar studio, kita harus berdepan dengan risiko cuaca yang tidak dijangka. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan maka sesi rakaman perlu diadakan semula di dalam studio. Justeru, segala aktiviti yang telah kita rancang pastinya tidak dapat dijalankan di dalam studio. 

Di sinilah cabaran, dugaan serta "double effort" yang perlu kita tempuhi. Maka, kita perlu sediakan "back up plan" di mana saya sendiri telah menyediakan 4 video aktiviti bagi menjelaskan konsep yang ingin diperjelaskan. Alhamdulillah cuaca pada tersebut agak baik dan segalanya berjalan seperti yang dirancang. Video-video yang kita hasilkan untuk "back up plan" tadi sememangnya tidak perlu digunakan kerana segala aktiviti yang telah direkodkan dalam video boleh dilakukan secara "LIVE". Walaupun tahu video tersebut hanya sebagai "back up plan", namun ia merupakan suatu keperluan yang perlu disediakan kerana kita sendiri tidak boleh menjangka perubahan cuaca yang mungkin tidak diingini. Saya sama sekali tidak pernah berasa ralat atau penat dengan penghasilan video-video tersebut kerana kita sentiasa ingin memberikan yang terbaik.

Itulah yang sebenarnya kita sendiri inginkan dalam memberikan kepuasan dari segi penyampaian kepada para penonton agar "content" yang ingin diberikan benar-benar mencapai apa yang dikehendaki. 

Hari siaran

Apabila pagi menjelma saya agak berdebar-debar juga tatkala melihat cuaca yang agak mendung. Selesai bersarapan, saya tiba awal di Sri Pentas iaitu sekitar jam 8.30 pagi. Saya terus ke lokasi penggambaran di perkarangan Sri Pentas. Terasa lega apabila melihat krew-krew penerbitan sedang bertungkus-lumus melakukan persiapan. Ini bermakna mereka telah bersedia untuk menjalankan rakaman di luar studio.



Namun apabila saat-saat siaran ketika saya betul-betul hendak memulakan gimik "fire show", saya dapat merasakan beberapa titisan air hujan jatuh ke muka. Ya Allah, moga hujan ini tidak menjadi gerimis dan jauh sekali menjadi lebat. Alhamdulillah tiada lagi titisan air selepas itu. Cuma keringat dan peluh sahaja yang menghasilkan titisan dek kerana tiada penyaman udara di luar.



Apa yang saya dilakukan pada video yang tidak ditayangkan?

Saya sama sekali tidak berasa keberatan untuk menghasilkan "video back up" kerana video tersebut pasti berguna juga. Video-video tersebut saya telah muat naik ke saluran YouTube dan juga TikTok sebagai alternatif kepada sumber pengajaran dan pembelajaran.

Berikut merupakan link bagi video-video tersebut

Eksperimen Takat Beku & Takat Didih Air

https://youtu.be/ESFjzY8tTac

Eksperimen Pengembangan & Pengecutan Pepejal

https://youtu.be/OUvdPF8k9TM

Eksperimen Pengembangan & Pengecutan Cecair

https://youtu.be/muCPIMqg-bQ

Eksperimen Pengembangan & Pengecutan Udara

https://youtu.be/c7yzYI__cak


Nyanyian Lagu Haba

Segmen pada kali ini diakhiri dengan nyanyian "Lagu Haba"



Tiktok Lagu Haba

https://vt.tiktok.com/ZGJUXrFvg/


Terima kasih sekali lagi kepada semua krew penerbitan terutama kepada Puan Fadzlena, Puan Maria, penerbit Puan Syafika, Cik Nur Emi, Encik Faris, Abang Man,, hos Hanif Shawn dan semua yang terlibat yang telah menjayakan penerbitan Slot Teroka pada kali ini. 

Tidak lupa juga kepada seluruh keluarga, isteri, anak-anak, rakan-rakan serta sahabat-sahabat panel Didik TV Sains sekolah rendah yang diterajui oleh Cikgu Khalimi, Cikgu Ika Liana, Cikgu Halina, Cikgu Shukri, Cikgu Devi, Cikgu Athar, Cikgu Tun Azlina, Cikgu Suwaibah dan ramai lagi yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Anda sememangnya hebat dan terbaik

Link TEROKA - SAINS TAHAP 2, HABA

https://youtu.be/P5BYU6pMtsQ



CIKGUSAFUAN

#SayaCumaCikguBudak2SekolahRendah



Wednesday 11 August 2021

LENGKAP VIDEO TOPIK TENAGA

 LENGKAP VIDEO TOPIK TENAGA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Video lengkap topik sains tahun 4 iaitu tenaga




Video-video ini dihasilkan bagi membantu para guru dan murid dalam proses PdPC dan juga PdPR.

Berikut merupakan link bagi video-video yang dimaksudkan

TENAGA & SUMBERNYA

https://youtu.be/lvwU3EsZX4c

BENTUK TENAGA

https://youtu.be/XP3tHiOKAHg

PERUBAHAN BENTUK TENAGA

https://youtu.be/rLJBUB67NBE

TENAGA TIDAK BOLEH DICIPTAKAN & TIDAK BOLEH DIMUSNAHKAN

https://youtu.be/IzYs12h8a44


Semoga perkongsian ini membawa manfaat


#cikgusafuan #iloveScience #SayaCumaCikguBudak2SekolahRendah


Wednesday 4 August 2021

Lengkap Video Topik Bunyi

 

LENGKAP VIDEO TOPIK BUNYI



Bagaimana bunyi dihasilkan dan bagaimana bunyi bergerak?

https://youtu.be/QlFSCDbCx9k

Pantulan Bunyi

https://youtu.be/Ob3XspCZ_FY

Bunyi Berfaedah & Bunyi Yang Memudaratkan

https://youtu.be/B4Z_K4_pFiw

Cara Mengurangkan Pencemaran Bunyi

https://youtu.be/a1vq02gb3Lo

Kupasan penuh topik Bunyi

https://youtu.be/ERKvNd4bk2w

Yang paling syok….

Lagu Bunyi

https://youtu.be/Ib7G1BBeqjg

 

#cikgusafuan #iLoveScience #SayaCumaCikguBudak2SekolahRendah

MODUL HABA

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekali lagi CIKGU SAFUAN tampil dengan modul pembelajaran sains. Topik kali ini ialah HABA. Modul ini lengkap dengan rujukan standard pembelajaran mengikut DSKP Sains Tahun 5. Ini akan memudahkan para guru untuk membuat pentaksiran.




Selain itu modul ini juga mengandungi kod QR video-video pembelajaran yang berkaitan dengan tajuk ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk mereka-mereka yang memerlukan

Modul ini boleh dimuat turun di

https://drive.google.com/file/d/1KY67gC0oK4ofWjtUY_OLZvzbaJKvIgbO/view?usp=sharing

CIKGU SAFUAN

#SayaCumaCikguBudak2SekolahRendah

7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS"

 7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS" Assalamualaikum Di sini saya kongsikan 7 Amali Ringkas untuk peng...