Thursday 21 May 2020

LIRIK LAGU SYAWAL INI- ZAMANI SLAM


LIRIK LAGU SYAWAL INI- ZAMANI SLAM

Sempurnalah sudah sebulan berpuasa
Menginsafkan kita menyucikan jiwa
Mengimbau kembali perjalanan berduri
Ku bersyukur daku masih berdiri
Menikmati Syawal ini

Daku bersyukur kepadaMu Ilahi
Di atas limpah kurniaMu selama ini
Kerna masih dapat menikmati Syawal ini
Dengan teman kehidupan

Ku bersujud doa padaMu Ilahi
Tempatkan ayah bondaku di sisiMu
Hanya itu yang termampu untuk daku beri pada Syawal ini

Bonda dikasihi ayah disayangi
Telah lama pergi dijemput Ilahi
Ku tadahkan tangan doaku dikirimkan
Sesungguhnya mereka amat ku rindu
Di pagi Syawal ini


Sunday 17 May 2020

KOLEKSI VIDEO-VIDEO TERBAIK TOPIK ELEKTRIK

Jom manfaatkan video-video ini kepada semua murid.

1. EKSPERIMEN MEMANIPULASIKAN BILANGAN SEL KERING


2. EKSPERIMEN MEMANIPULASIKAN BILANGAN SEL MENTOL



3. EKSPERIMEN LITAR BERSIRI vs LITAR SELARI



4. MELAKAR LITAR BERSIRI 



5. MELAKAR LITAR SELARI



6. KESAN SUIS KE ATAS NYALAAN MENTOL DI LITAR BERSIRI

7. KESAN SUIS KE ATAS NYALAAN MENTOL DI LITAR SELARI



8. DRAMA PENDEK SUMBER TENAGA ELEKTRIK




AKAN DATANG.... LAGU ELEKTRIK

Semoga bermanfaat

#cikgusafuan

KISAH BENAR: HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN, TAPI KE DAMANSARA

Sambungan kisah GURU INI BERANI MOHON TUKAR PADA HARI PERTAMA LAPOR DIRI.

4 Januari 2004, bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2004. Sepatutnya guru tersebut hadir ke sekolah, tetapi beliau terus ke Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertempat di Pusat Bandar Damansara pada waktu itu.

Biarlah saya berterus terang bahawa guru yang dimaksudkan itu ialah saya sendiri.

Pada awal pagi Isnin di hari tersebut, saya bersama isteri telah melangkahkan kaki kami ke Kementerian Pendidikan Malaysia. Kami terus menuju ke pejabat yang mengurusan penempatan guru.

Memasuki bilik pegawai perunding dengan penuh debaran dan harapan.Pegawai berkenaan bertanya kepada saya. Adakah cikgu sudah melaporkan diri? Ya, jawab saya.

Beliau terus berkata dengan nada yang lembut, cikgu lapor diri dulu kemudian cikgu isi borang tukar.
Saya terus merayu moga-moga ada keajaiban sekiranya beliau mempunyai kuasa untuk menukar semula penempatan saya.

Namun belau tetap mengulagi perkara yang sama dan meminta saya kembali ke sekolah seterusnya melakukan permohonan pertukaran secara rasmi.

Saya balik semula ke Johor dengan penuh hampa dan duka......

Apakah episod seterusnya....?

Sama-sama nantikannya

Saturday 2 May 2020

KISAH BENAR: CIKGU INI BERANI MOHON TUKAR PADA HARI PERTAMA LAPOR DIRI





Kisah ini berlaku pada tahun 2004. Pada tanggal 2 Januari 2004, seorang guru lelaki telah ditempatkan di sebuah sekolah di Pasir Gudang Johor.






Berat sekali kaki beliau untuk melangkahkan kaki melaporkan diri di sekolah tersebut. Lebih-lebih lagi dalam 'mood' pengantin baru dan terpaksa pula berjauhan dengan isteri. Namun apakan daya, kehendak perkhidmatan memaksa beliau untuk mematuhi arahan penempatan.

Bagi pasangan yang berjauhan memang pasti memahami perasaan ini. Si suami jauh di Johor, si isteri pula jauh di Pahang.

Melaporkan diri di sekolah yang agak besar dengan murid yang agak ramai sememangnya merupakan suatu cabaran buat guru baru ini.

Tatkala melangkah ke pejabat dan bertemu mata dengan Guru Besar, ayat pertama yang terkeluar di mulut beliau berbunyi, "Puan, saya nak tukar". Terus merah padam wajah pemimpin tertinggi di sekolah sekolah itu pada waktu tersebut.

Beliau meminta izin daripada Guru Besar untuk ke Kementerian Pendidikan di Damansara bagi mengemukakan rayuan penempatan. Walaupun agak geram dengan guru tersebut, Guru Besar tetap mengizinkannya untuk berbuat demikian.

Berjayakah rayuan penempatan itu?.......

Nantikan sambungan kisah ini.....

3 VIDEO EKSPERIMEN KELAJUAN BERDASARKAN BUKU TEKS

Kelajuan merupakan salah satu daripada topik yang dipelajari oleh murid-murid tahun 6. Sebenarnya topik ini merupakan asas kepada salah satu topik dalam subjek Fizik.

Selain dari perlu mengingati formula kelajuan, murid juga perlu didedahkan dengan pelbagai eksperimen untuk memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman murid.

3 video ini diharapkan mampu membantu murid menjalankan eksperimen secara kendiri.

EKSPERIMEN KELAJUAN KAMU
(buku teks muka surat 118)



EKSPERIMEN HUBUNGAN ANTARA KELAJUAN DENGAN JARAK
(buku teks muka surat 123)


EKSPERIMEN HUBUNGAN ANTARA KELAJUAN DENGAN MASA
(buku teks muka surat 125)


Berikut disertakan juga video lagu 'LAJU KERETAKU' yang diubahsuai khas untuk membantu murid mengingati formula kelajuan


Semoga perkongsian ini membawa manfaat buat semua.
Terima kasih

7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS"

 7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS" Assalamualaikum Di sini saya kongsikan 7 Amali Ringkas untuk peng...