Saturday 12 September 2020

6 TEKNIK AJAR FASA BULAN



Fasa Bulan merupakan topik yang agak sukar untuk difahami oleh murid. Dalam topik ini murid perlu memahami terlebih dahulu tentang fenomena bulan mengelilingi Bumi.

Peredaran bulan mengelilingi Bumi menyebabkan manusia di Bumi dapat memerhatikan bentuk bulan yang berbeza. Inilah yang dinamakan sebagai fasa-fasa bulan.

Terdapat 8 fasa bulan iaitu

1. Anak bulan

2. Bulan sabit baru

3. Bulan separa baru

4. Bulan hampir purnama baru

5. Bulan purnama

6. Bulan hampir purnama lama

7. Bulan separa lama

8. Bulan sabit lama


Untuk mengingati 8 fasa bulan ini tidaklah terlalu sukar. Namun untuk mengingati bila dan di manakah kedudukan fasa-fasa bulan ini agak bermasalah bagi sesetengah murid.

Justeru pelbagai idea, inovasi dan perkongsian dilakukan oleh guru-guru untuk memastikan murid-murid lebih senang memahami fenomena fasa Bulan ini.

1. FASA BULAN OREO

Fasa bulan oreo merupakan antara kaedah yang agak popular dalam kalangan guru. Dengan menggunakan oreo berperisa vanila, bahagian inti putih digunakan sebagai bahagian bulan yang kelihatan



2. MODEL FASA BULAN KADBOD & 8 BOLA PING PONG

Dalam kaedah ini, 8 bola ping pong yang sebahagiannya diwarnakan hitam digunakan. Sebiji bola plastik sebesar bola tenis pula digunakan sebagai matahari.

Kadbod keras digunakan dan bahagian tengahnya dilubangkan untuk dimasukkan kepala murid. Murid memerhatikan setiap fasa mengikut lawan arah jam


3. FASA BULAN GELAS PLASTIK

Fasa bulan menggunakan 2 gelas plastik ini juga agak menarik di mana 2 gelas plastik digunakan.Salah satu gelas dicat dengan warna hitam. 

Bahan soft copy untuk dijadikan stiker pada gelas ini boleh dimuat turun pada link berikut

https://drive.google.com/file/d/1tQcaBO7p8OH4DXBmHD9u0aJbfChLUe59/view?usp=sharing



4. FASA BULAN DUIT SYILING

Fasa bulan duit syiling merupakan kaedah yang digunakan bagi mengingati turutan fasa bulan dengan lebih mudah.



5. MODEL FASA BULAN & LAMPU

Demonstrasi ini memerlukan sumber cahaya dan sebiji bola kecil sebagai bulan. Demonstrasi ini walaubagaimanapun perlu dijalankan di bilik gelap untuk menampakkan hasilnya.


6. LATIH TUBI MELAKAR FASA BULAN

Untuk memastikan murid anda benar-benar mahir mengingati fasa-fasa bulan, latih tubi secara kerap adalah bagus dan bermanfaat.

Galakkan murid untuk melakar fasa bulan dan mendapat jawapan yang tepat 3 kali berturut-turut. Jika murid anda berjaya, ini bermakna mereka telah benar-benar memahami konsep fasa bulan.

Guru-guru boleh juga cuba adakan CABARAN FASA BULAN di antara murid.


Semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk semua.

Sebarang idea boleh dikemukakan di ruangan komen.

Rujuk juga video berikut

MELAKAR FASA BULAN APABILA MATAHARI BERADA DI SEBELAH KIRI


MELAKAR FASA BULAN APABILA MATAHARI BERADA DI SEBELAH KANAN




7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS"

 7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS" Assalamualaikum Di sini saya kongsikan 7 Amali Ringkas untuk peng...