Monday 27 July 2020

VIDEO LENGKAP TOPIK JIRIM

Jom lihat pelbagai video topik jirim yang dikongsikan oleh Cikgu Safuan ini



1. SIFAT PEPEJAL


2. SIFAT CECAIR

3. SIFAT UDARA
4. TIGA KEADAAN AIR



5. PERUBAHAN KEADAAN JIRIM

6. LAGU KITARAN AIR


Semoga perkongsian ini membawa manfaat.

Terima kasih

Thursday 16 July 2020

KETAHUI SIFAT PEPEJAL, CECAIR DAN UDARA DENGAN MUDAH

KETAHUI SIFAT PEPEJAL, CECAIR DAN UDARA DENGAN MUDAH

Jirim wujud dalam 3 keadaan iaitu pepejal, ceceir dan juga gas. Namun adakah anda tahu sifat-sifat bagi setiap keadaan jirim tersebut?

Cikgu Safuan berkongsi 3 video tentang sifat-sifat bagi setiap keadaan jirim tersebut.

Jom tonton di sini

SIFAT PEPEJAL



SIFAT CECAIR



SIFAT UDARA


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada buat semua.

Terima kasih



Wednesday 1 July 2020

10 FILEM TERBAIK "SUPERSTAR RAJINI"




RAJINIKANTH atau lebih dikenali sebagai 'SUPERSTAR RAJINI" pastinya amat popular dalam kalangan peminat filem Tamil. Aksi beliau yang tersendiri pastinya mampu mencuit hati penonton, tidak kira keciil, besar, tua atau muda.

Jun 2020 sesungguhnya memberikan pengertian bermakna bagi peminat-peminat SUPERSTAR RAJINI apabila astro menghadiahkan saluran percuma khas 100 RAJINI 70.

Setelah menonton pelbagai filem yang disajikan dalam saluran tersebut, disenaraikan 10 FILEM TERBAIK SUPERSTAR RAJINI.

Kebanyakan judul filem lakonan beliau adalah berdasarkan nama watak beliau sendiri dalam filem tersebut.

Susunan tersebut tidaklah mengikut ranking

1. KABALI

Detailed Explanation of Kabali Movie | ENTERPRISE TRADE VIEWS

Filem yang dilakonkan di Malaysia yang turut dilakonkan oleh Rosyam Nor. Dalam filem ini, KABALI dipenjarakan selama 25 tahun. Setelah dibebaskan beliau cuba menghapuskan kegiatan haram dadah dan cuba memulihkan anak-anak muda India yang hanyut dalam kegiatan dadah dan gangterisme. Berjayakan Kabali? Filem aksi yang cukup menarik dan mesti ditonton.

2. DARBAR

Darbar Movie Review {3/5}: An engaging commercial cocktail of ...

Seorang pesuruhjaya polis ditugaskan untuk menghapuskan kegiatan dadah. Beliau menjadi ganas dan lebih agresif setelah kematian anak perempuannya. Filem yang sangat menarik ini turut dilakonkan oleh aktor hindi Sunil Shetty

3. LINGAA

Lingaa Movie: Watch Full Movie Online on JioCinema

Seorang raja pada zaman penjajahan British sanggup berkhidmat sebagai pegawai daerah bagi memberikan perkhidmatan kepada rakyatnya. Beliau berjaya membina sebuah empangan besar yang mampu memberi manfaat kepada penduduk setempat. Selepas era beliau berlalu ada cubaan untuk merobohkan empangan tersebut. Cucu beliau diamanahkan untuk menyekat cubaan tersebut. Berjayakan cucu beliau?

4. SIVAJI THE BOSS

Sivaji: The Boss - Wikipedia

Tidak lengkap rasanya jika filem ini tidak dimasukkan dalam senarai. Seorang lulusan dari luar negara pulang ke India untuk berkhidmat kepada masyarakat. Beliau cuba membina hospital dan universiti yang menawarkan perkhidmatan secara percuma. Walaubagaimanapun niat murni beliau berdepan dengan pelbagai cabaran. Wajib tonton filem ini...

4. KAALA

Amazon.com: Watch KAALA (Tamil) | Prime Video

Sebuah filem yang memaparkan perjuangan penduduk setinggan. Mereka memperjuangkan hak tanah mereka daripada dirampas oleh ahli politik yang berniat jahat. Filem pelbagai aksi ini amat menarik untuk ditonton.

5. PADAYAPPA

Padaiyappa by A. R. Rahman (Album, Filmi): Reviews, Ratings ...

Padayappa dibesarkan dalam keluarga yang cukup disegani di kampungnya. Akibat ketamakan adik kepada bapanya sendiri beliau dan keluarganya berpindah dan menyerahkan segala hartanya kepada bapa saudaranya itu. Padayappa kemudiannya dapat menikmati lebih banyak kekayaan setelah tempat baru yang didudukinya dilimpahi hasil bumi yang melimpah ruah. Filem ini turut dibintangi oleh pelakon legenda Sivaji Ganesan.

6. MUTHU

Amazon.com: Watch Muthu | Prime Video

Muthu merupakan orang gaji dalam keluarga yang disegani. Muthu bagaimanapun cukup disayangni oleh majikannya. Ada rahsia besar yang disimpan oleh majikannya tentang Muthu. Apakah rahsia tersebut? Saksikanlah sendiri filem ini.

7. ANNAMALAI

Friendship Sentiment in Tamil Movies - Behindwoods.com

Annamalai merupakan seorang penternak lembu. Rutinnya ialah menghantar susu lembu ke rumah-rumah. Annamalai nekad menjadi seorang yang kaya apabila dirinya telah ditipu oleh keluarga rakan karibnya sendiri.

8. BAASHAA

Twenty years later, for a Rajinikanth fan its 'Baasha' forever ...

Filem ini mengisahkan tentang seorang bekas Ketua Gangster yang berazam untuk berhijrah menjalani kehidupan seperti biasa. Namun kehidupannya sebaga insan biasa sering diganggu dan memaksa dirinya mendedahkan siapa dirinya yang sebenar. Ikuti kisah menarik ini.

9. ARUNACHALAM

Watch Arunachalam Online (Full Movie) | MetaReel.com

Arunachalam dapat mewarisi harta peninggalan bapanya bernilai RS300 bilion. Syaratnya dia perlu menghabiskan sejumlah 30 bilion dalam masa sebulan. Berjayakah Arunachalam mewarisi harta tersebut?

10. SIVA

Official: Thalaivar 168 Title Look Teaser | Superstar Rajinikanth ...

Siva dibesarkan oleh ibu angkat setelah kedua ibu bapanya dibunuh secara kejam. Semasa kecil Siva mempunyai seorang rakan baik yang bernama John namun terpisah selepas insiden pembunuhan ibu bapanya. Siva kemudiannya dikenali sebagai Tiger dan cukup ditakuti oleh penduduk kampung dek kerana keberanian dan kekuatannya.

Sesungguhnya kehebatan, keunikan SUPER STAR RAJINI adalah satu dalam 1000.

7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS"

 7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS" Assalamualaikum Di sini saya kongsikan 7 Amali Ringkas untuk peng...