Sunday, 24 November 2024

SLIDE PENGENALAN KEPADA AI

SLIDE PENGENALAN KEPADA AI



Asas Kecerdasan Buatan (AI)

Apakah Itu AI?
Kecerdasan Buatan (AI) ialah simulasi kecerdasan manusia dalam mesin. AI mampu berfikir dan bertindak seperti manusia, contohnya dalam aplikasi seperti Siri atau Google Assistant.

Sejarah Ringkas AI
AI bermula sejak 1950-an dengan idea Alan Turing. Pada 1997, komputer Deep Blue menewaskan juara catur dunia, dan kini AI digunakan secara meluas dalam kehidupan harian.

Jenis-Jenis AI

  1. Narrow AI: Fokus pada tugas tertentu seperti cadangan video YouTube.
  2. General AI: Masih dalam pembangunan.
  3. Super AI: Kecerdasan melampaui manusia, tetapi masih teori.

Bagaimana AI Berfungsi?
AI bergantung kepada data, algoritma, dan model latihan untuk "belajar" serta membuat keputusan. Contohnya, AI belajar mengenali wajah melalui ribuan gambar wajah.

Penggunaan AI Dalam Kehidupan Harian
AI digunakan dalam pelbagai bidang:

  • Kesihatan: Membantu doktor mendiagnosis penyakit.
  • Pendidikan: Tutor maya yang interaktif.
  • Industri: Robot yang mengautomasikan kerja di kilang.
  • Hiburan: Cadangan lagu di Spotify atau filem di Netflix.

Kebaikan AI
AI meningkatkan produktiviti, automasi kerja rutin, dan ketepatan dalam pelbagai sektor.

Cabaran & Risiko AI
Namun, AI juga membawa cabaran seperti:

  • Isu Etika: Privasi data dan penggantian pekerjaan manusia.
  • Ketelusan: Sukar memahami bagaimana AI membuat keputusan.
  • Keselamatan: Risiko penggunaan untuk tujuan jahat.

Masa Depan AI
AI dijangka menjadi lebih maju, contohnya dengan kereta pandu sendiri dan penyelesaian masalah global. Tetapi, ia perlu dikembangkan dengan pendekatan yang beretika dan bertanggungjawab.


Dengan teknologi yang semakin maju, memahami AI menjadi keperluan penting dalam era digital ini. Apa pandangan anda tentang peranan AI dalam kehidupan harian? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen! 😊

Muat turun slide Pengenalan Kepada Ai menerusi pautan berikut

Slide Pengenalan Kepada Ai


Terima kasih

-cikgusafuan-

Monday, 1 July 2024

CARA PENULISAN AMALAN TERBAIK

 CARA PENULISAN AMALAN TERBAIK



Apakah definisi amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran?


Kaedah, teknik, atau pendekatan yang telah terbukti berkesan dan efisien dalam mencapai hasil yang optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuk strategi yang membantu pelajar memahami dan menguasai pengetahuan serta kemahiran dengan lebih berkesan.

Amalan terbaik dalam perguruan buakan sahaja dalam konteks PDP tetapi juga meliputi pengurusan, hal ehwal murid dan juga ko-kurikulum

Berikut merupakan slide cara penulisan amalan terbaik



Klik pada link di bawah


Contoh Penulisan Amalan Terbaik


SEMOGA BERMANFAAT















Sunday, 17 March 2024

7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS"

 7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS"

Assalamualaikum

Di sini saya kongsikan 7 Amali Ringkas untuk penguasaan KPS.

Ianya sesuai untuk kegunaan murid tahun 456

Walaupun ringkas, ianya tetap bermakna dan menyeronokkan

Klik di sini untuk memuat turun

🠋🠋🠋🠋🠋🠋🠋🠋🠋🠋🠋🠋🠋🠋

Muat turun Laporan Amali Sains KPS



Sunday, 10 March 2024

RANCANGAN PENGAJARAN SAINS TAHUN 1-6 2024/2025

Pasti ramai rakan-rakan guru sains yang tercari-cari Rancangan Pengajaran Tahunan Sains Sesi 2024/2025

Di sini saya kongsikan RPT tersebut untuk kegunaan guru2




Kredit kepada Rozayus Academy


Klik link di bawah untuk memuat turun

 RPT SAINS TAHUN 1-6 2024/2025

Save gambar QR Code di bawah untuk fail panitia anda











Sunday, 7 January 2024

DEFINISI SECARA OPERASI

 




APAKAH MAKSUD DEFINISI SECARA OPERASI?

Definisi secara operasi merujuk pada cara konsep atau pemboleh ubah didefinisikan dan diukur dalam konteks penelitian atau eksperimen. Dalam konteks ini, definisi operasi mengaitkan konsep abstrak dengan prosedur atau operasi yang dapat diukur atau diperhatikan.

Pentingnya definisi secara operasi adalah untuk memberikan kejelasan dan spesifikasi yang dapat diukur dalam konteks penelitian atau eksperimen.

Contohnya

Apakah definsi secara operasi bagi Mengukur Kecepatan Membaca:


Kecepatan membaca dapat dioperasionalisasikan dengan mengukur jumlah kata yang dapat dibaca oleh seorang murid dalam satu minit.


Biasanya Definisi Secara Operasi merujuk kepada pembolehubah bergerak balas dalam sesuatu soalan



Misalnya apakah definisi secara operasi bagi kekuatan magnet.


Jawapan

Kekuatan magnet ialah bilangan klip kertas yang dapat ditarik oleh magnet itu




Jom uji pemahaman anda dengan melakukan latihan menjawab soalan definisi secara operasi ini


Klik di sini


SOALAN DEFINISI SECARA OPERASI


Moga bermanfaat...



Monday, 1 January 2024

UASA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6

 BISMILLAHIRAHMANIRAHIM


Klik link di bawah

UASA PJK TAHUN 6

Saya kongsikan soalan UASA PJK tahun 6 untuk kegunaan guru2 PJK tahun 6

Moga bermanfaat


#cikgusafuan

Friday, 1 September 2023

REFLEKSI RINGKAS PROGRAM EXTERNSHIP MALAYSIA TEACHER PRIZE @KPM

  REFLEKSI RINGKAS PROGRAM EXTERNSHIP MALAYSIA TEACHER PRIZE @KPM   Peluang menjalani program sangkutan (externship) di Kementian Pendid...