Friday, 24 April 2020

CHANNEL YOUTUBE SAYA

Channel Youtube saya sebenarnya telah didaftarkan pada bulan Mac 2013 lagi. Pada mulanya saya membuka akaun youtube ialah untuk menyimpan pelbagai jenis video.

Video pertama saya di 'publish' pada tahun 2015 iaitu tentang eksperimen kestabilan yang merupakan topik sains tahun 5.
rujuk link
https://youtu.be/-_WFkG6lChU

Saya banyak menghasilkan video-video pdpc sains, tetapi kebanyakannya dimuat naik menerusi akuan facebook saya. Ini kerana views yang lebih baik melalui FB berbanding youtube.

Sehinggalah pada suatu ketika saya merasakan bahawa carian di youtube adalah lebih mudah berbanding FB maka saya beralih untuk menggunakan platform Youtube sebagai media untuk memuat naik video.

Saya tidaklah terlalu arif tentang penghasilan video dan sehingga kini pun saya tidak pernah menyertai mana-mana bengkel tentang cara menghasilkan video yang baik. Semuanya dipelajari secara explore di alam maya dan juga bertanyakan tip-tip daripada rakan-rakan yang lebih arif.

Alhamdulillah sehingga hari ini channel youtube saya kini telah mencapai lebih daripada 3000 subscribers.

Kepada yang belum subscribe, sudi-sudikanlah untuk subscribe ya....

Ada macam-macam video dalam channel youtube saya....

Jemputlah jenguk ya....

#cikgusafuan
https://www.youtube.com/c/CIKGUSAFUAN


1 comment:

MODUL SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA

 MODUL SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA Sistem peredaran darah merupakan salah satu topik  pembelajaran sains bagi tahun 5. Modul ini disediak...