Saturday, 25 April 2020

PROJEK 1 HARI 1 TOPIK MENDAPAT PERHATIAN

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, saya telah berusaha sedaya upaya saya untuk menyiapkan soalan-soalan sains dalam bentuk Google Form yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

Pada awalnya saya sendiri pun bukanlah terlalu arif mengendalikan aplikasi ini. Namun saya terdorong untuk belajar dan berusaha demi membantu anak bangsa yang tidak dapat mengikuti persekolahan secara biasa.

Alhamdulillah sejak projek ini bermula, ia mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Puluhan ribu respon saya terima untuk topik-topik yang telah diterbitkan.

Kadang-kadang ada kalanya saya gagal untuk menyediakan soalan-soalan ini pada setiap hari dek kerana pelbagai kekangan lain,

Keseluruhan topik pembelajaran sains tahun 6 telah pun siap sepenuhnya dan hanya menunggu masa untuk diterbitkan.

Inshaa Allah saya akan berusaha untuk melengkapkan projek ini khususnya bagi topik-topik tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6)

#CIKGUSAFUAN




16 comments:

MODUL SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA

 MODUL SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA Sistem peredaran darah merupakan salah satu topik  pembelajaran sains bagi tahun 5. Modul ini disediak...