PENGALAMAN DICERAP OLEH 30 ORANG PENCERAP
PDPC KITARAN AIR SEMULA JADI
Video ini dirakam pada tahun 2018. Ketika ini saya dicerap oleh bilangan yang pencerap yang hampir sama dengan bilangan murid dalam satu kelas. Bilangan murid dalam satu kelas pada ketika itu ialah kira-kira 30+... Pencerap pula terdiri daripada 13 orang guru sains, guru-guru besar serta pegawai-pegawai PPD. Memang penuh ruangan belakang kelas dengan para pencerap.
Lama juga peram video ini sebelum dimuat naik ke youtube kerana saiznya yang agak besar dan durasinya yang agak lama. Video ini juga dihasilkan tanpa sebarang suntingan.
Saya bukanlah seorang yang terbaik dalam sesi pdpc kerana lebih ramai guru yang kreatif dalam sesi pdpc masing-masing.
Saya secara terbuka menerima sebarang komen dan penambahbaikan dalam sesi pdpc ini demi mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Saya juga amat berbesar hati jika video ini diguna pakai dalam sesi "video kritik"
Semoga kita sebagai guru mampu memacukan sesuatu ke arah memartabatkan bangsa dan tanah air kita.
#cikgusafuan #SayaCumaCikguBudak2SekolahRendah
No comments:
Post a Comment