PDPR-
APA PERSEDIAAN PARA GURU?
Seperti
yang dijangka peningkatan kes harian Covid-19 di seluruh negara memaksa KPM
mengumumkan sesi persekolahan 2021 bakal bermula dengan kelas secara PDPR.
Justeru barisan
guru dan ibu bapa perlu bersiap siaga bagi menghadapi sesi PDPR bermula 20
Januari ini.
Sebagai
guru, ini merupakan beberapa teknik yang boleh dilakukan oleh guru sepanjang
PDPR yang mungkin berlarutan dalam tempoh masa yang lebih lama
1. 1 LIVE STREAMING
Ini merupakan kaedah yang terbaik boleh dilakukan oleh guru. PKP kali
pertama telah menjadikan para guru di Malaysia menggali banyak ilmu untuk memantapkan
sesi PDPR. Pelbagai aplikasi sememangnya tersedia untuk digunakan antaranya
Google Meet, Zoom, Streamyard, Youtube Live, Facebook Live dan banyak lagi.
Jika murid mempunyai kemudahan internet yang baik, maka inilah platform
yang terbaik untuk digunakan.
Tonton video mudahnya menngajar guna Youtube di bawah
2. 2 RAKAMAN VIDEO
Kekangan waktu bekerja ibu bapa memungkinkan sesi live guru bersama murid
agak kurang mendapat sambutan. Justeru guru boleh merakam video PDPR mereka
yang dijalankan secara google meet dan kemudiannya dimuat naik ke chanel Youtube
bagi membolehkan murid mengakses sesi PDPR pada bila-bila masa.
Guru-guru juga secara kreatif boleh menghasilkan video pdpc hanya menggunakan
aplikasi mudah seperti Microsoft Power Point.
Tonton video cara hasilkan video menerusi Power Point di bawah
3. 3 NOTA INFO GRAFIK
Kaedah pemberian soalan latihan tanpa penerangan sebenarnya adalah
sesuatu yang memberi kesukaran kepada murid dan juga ibu bapa.
Sekiranya para guru berhadapan dengan kesukaran dengan capaian internet
berkelajuan tinggi, maka nota secara info grafik juga boleh membantu memberi kefahaman
kepada murid dalam menyiapkan tugasan yang diberi.
Nota secara info grafik ini boleh diedarkan sama ada dalam melalui
Whatsapps Group atau pun modul bertulis yang boleh diedarkan secara berkala.
Perkara-perkara
yang perlu dielakkan semasa PDPR
1. - Elakkan pemberian tanpa penerangan
seperti 3 kaedah yang dicadangkan di atas.
2. - Elakkan pemberian kuantiti latihan yang
terlalu banyak
Cadangan
Penambahbaikan
1. - Beri penumpuan kepada subjek teras
sahaja.
2. - Tetapkan kuantiti subjek/ hari dengan
mengambil kira pelbagai kekangan
Dalam apa
jua tindakan yang diambil, apa yang diharapkan murid-murid kita mempunyai
keinginan dan keazaman untuk terus belajar.
#cikgusafuan
#sayaCumaCikguBudak2SekolahRendah
Info terbaik cikgu. Sangat² membantuπππππ
ReplyDeleteInshaa Allah ... Cuba yg terbaik buat murid2
DeleteTerimakasih
ReplyDeleteGood..tq cikgu safuan
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu safuan. Semoga dipermudahkan warga guru menyediakan set pengajaran waktu PKP/PKPB ini.
ReplyDeleteInshaa Allah
DeletePerkongsian terbaik cikgu Safuan.T.kasih.
ReplyDeleteSama2
DeletePerkongsian yang baik. Terima kasih cikgu
ReplyDeleteTerbaik cikgu.. Tkasih bnyk2
ReplyDeletesama2
DeleteTerbaik cikgu...terima kasih byk2
ReplyDeletesama2
DeleteTerima kasih atas perkongsian ckg
ReplyDeletesama2
ReplyDeleteTq cikgu.....sntsa terbaikkkk
ReplyDeleteTq..info terbaik
ReplyDelete