PdPR PKP 2.0
“TEPUK DADA LIHAT SEKELILING”
Pandemik covid 19 yang melanda
negara untuk gelombang ke 3 memaksa KPM menangguhkan pembukaan sekolah sesi
2021 secara bersemuka. Justeru para guru diminta untuk menjalankan kelas secara
PdPR.
PdPR iaitu singkatan bagi
pengajaran dan pembelajaran di rumah bukan sahaja menuntut persediaan para guru
malah persediaan ibu bapa di rumah.
Dengan pelbagai latar belakang
sosioekonomi setempat, kemudahan prasaranan, capaian internet dan sebagainya
maka PdPR boleh dilaksanakan secara pelbagai kaedah.
3 kaedah
utama PdPR ialah secara online, offline dan juga off-site. Ketiga-tiga kaedah
ini haruslah mengambil kira kesesuaian
kemudahan yang dimiliki oleh murid di rumah.
PdPR bukanlah perkara yang
sangat baru bagi guru untuk kali ini. PKP 1.0 pada Mac 2020 telah memaksa para
guru untuk menimba ilmu baharu bagi mempersiapkan diri menghadapi suasana
pengajaran secara norma baharu.
Tema hari guru 2020, “Berguru
Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” jelas menunjukkan para guru juga perlu
mendalami sebanyak mungkin ilmu baharu bagi memperkasakan ilmu dalam bidang
pendidikan demi menjaga kepentingan generasi yang akan datang.
Pastinya pelbagai kaedah telah
dicuba oleh para guru bagi membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran
yang diharapkan.
Secara peribadi saya sendiri
telah mencuba ketiga-tiga kaedah yang disebutkan di atas. Kaedah secara online
sememangnya bagus, tetapi pelbagai kekangan dihadapi oleh murid. Tidak semua
murid mampu bersemuka secara online dersama guru pada masa yang ditetapkan dek kerana
beberapa faktor seperti tiada peranti sendiri, ada peranti tetapi tiada
kemudahan internet, terpaksa berkongsi peranti dengan ahli keluarga yang lain
dan ada juga masalah lain seperti tidak bersedia dalam waktu yang dijanjikan.
Pendek kata ramai murid yang ditinggalkan oleh ibu bapa yang keluar untuk
bekerja agak terabai untuk menghadiri kelas secara bersemuka ini.
Antara murid yang menghadiri kelas PdPR secara online |
Kaedah secara offline adalah antara kaedah yang paling berkesan setakat ini bagi menjalankan sesi PdPR. Apa yang saya gunakan ialah dengan menghasilkan video sendiri dan kemudiannya memuat naik ke dalam youtube. Pautan bagi video tersebut akan dikongsikan kepada para ibu bapa dan murid bagi menjalankan tugasan. Kaedah ini ternyata membawa respon yang positif dalam kalangan ibu bapa, murid dan juga guru-guru lain. Dengan pelaksanaan kaedah ini, murid dapat mengakses tugasan yang diberikan secara bila-bila masa sahaja.
Antara kaedah penyampaian tugasan kepada murid |
Antara respon positif daripada penjaga |
Perkongsian
link video tidak bermakna seseorang guru perlu menghasilkan video sendiri.
Namun keupayaan dan kebolehan seseorang guru dalam menghasilkan video adalah
suatu bonus kepada murid-muridnya sendiri.
Pelaksanaan
secara off-site iaitu dengan membekalkan modul pembelajaran yang bertulis
secara berkala juga telah dilakukan semasa PKP 1.0. Kaedah ini juga agak baik
namun ia akan menelan kos yang agak tinggi bagi sesebuah sekolah. Kaedah ini
mungkin terpaksa dilakukan juga di sesetengah tempat yang agak bermasalah dari
segi capaian internet dan kemudahan lain. Bagi kawasan yang kebanyakan ibu bapa
memiliki kemudahan maka keadah secara off-line adalah lebih wajar.
Sedikit cadangan penambahbaikan
dalam memastikan anak-anak menguasi pembelajaran untuk sekurang-kurangnya pada
tahap minimum ialah
·
Menghadkan
bilangan mata pelajaran sehari
·
Memberikan
tugasan dalam kuantiti yang optimum.
·
Memberikan
tumpuan bagi subjek teras dahulu
Kesimpulannya, secara peribadi saya melihat
kaedah secara off-line adalah kaedah yang paling berkesan dan efektif untuk
dijalankan sepanjang PKP 2.0 ini
Semoga perkongsian tulisan ini sedikit sebanyak
membantu para guru dan juga ibu bapa dalam memahami konsep PdPR. Diharapkan
juga bahawa ia akan membuka mata sesetengah pihak bahawa guru-guru adalah
sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan PdPR.
Maklumat Penulis
Nama: Mohamad Safuan bin Rozak
Guru Cemerlang Sains
SK Jengka Pusat 2
Rujukan
https://www.youtube.com/c/CIKGUSAFUAN
No comments:
Post a Comment