PENGGUNAAN
LAGU PARODI DALAM PDPC
MAMPU
MEMBERIKAN IMPAK YANG MANTAP DAN BERKESAN
OLEH
MOHAMAD
SAFUAN BIN ROZAK
SK
JENGKA PUSAT 2
3. ABSTRAK
Lagu parodi ialah lagu yang
diubah liriknya daripada sesebuah lagu. Lagu parody mudah untuk diingat dan
dihafal kerana manusia telah biasa mendengar irama dan melodinya. Semakin
popular sesebuah lagu itu, semakin mudah untuk diikuti. Bukanitu sahaja, tahap
populariri sesebuah lagu itu mampu menarik minat para pendengar. Penggunaan
lagu parody dalam PDPC sains misalnya mampu menambahkan daya ingatan terhadap
isi kandungan dan fakta dalam subjek ini. Memandangkan kandungan silibus yang
agak padat, kaedah penggunaan lagu parodi sangat membantu para guru dan murid
dalam sesi pembelajaran. Ia bukan sekadar hiburan tetapi ia juga merupakan
bentuk didik hibur yang mampu mendatangkan impak yang sangat berkesan
PENGGUNAAN
LAGU PARODI DALAM PDPC MAMPU MEMBERIKAN IMPAK YANG MANTAP DAN BERKESAN
“JOM
HAYATI, LAGU PARODI”
“MURID
MINATI, PASTI MENJADI”
4.1 PENGENALAN
Lagu merupakan gubahan seni nada atau suara dalam urutan, kombinasi, dan hubungan
temporal (biasanya diiringi dengan alat muzik) untuk menghasilkan
gubahan muzik yang mempunyai kesatuan dan kesinambungan (mengandungi irama). Lagu
merupakan suatu perkara yang diminati dan digemari oleh kebanyakan orang.
Jarang sekali kita dengar bahawa seseorang itu tidak menyukai lagu kerana
biarpun seseorang itu tidak menyukai sesuatu genre dia mungkin ada meminati
genre yang lain.
Menurut
kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan lagu membawa maksud gubahan muzik
yang biasanya dengan seni kata yang dinyanyikan oleh seseorang. Tidak dapat
dinafikan lagu sangat mempengaruhi kehidupan seseorang. Ada kalanya apabila
kita mendengar sesebuah lagu,kita akan teringat dan terkenang akan sesuatu
peristiwa yang dilalui. Begitulah besarnya pengaruh lagu dalam kehidupan.
Biarpun zaman silih berganti dengan pelbagai genre yang sentiasa bertukar
ganti, irama dan lagu akan terus didengari oleh setiap generasi. Justeru
penggunaan lagu dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PDPC) merupakan suatu
alternatif kepada elemen yang membantu menghasilkan PDPC yang mantap, padu,
menghiburkan dan berkesan.
4.2
PERNYATAAN MASALAH
4.2.1 ANALISIS
DAN HURAIAN ISU
Antara masalah yang dikenalpasti dalam
kalangan murid pada masa kini ialah kurangnya minat belajar dan kesukaran untuk
mengingati pelbagai fakta dan isi kandungan subjek yang dipelajari. Skop
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang agak padat menyebabkan
murid perlu mengingat pelbagai fakta dan perkara yang terkandung dalam DSKP.
Oleh itu, guru perlu memikirkan sesuatu yang kreatif serta boleh membantu
menarik minat murid dalam sesi pembelajaran.
Era
gajet dan teknologi pada masa kini memaksa golongan pendidik untuk bergerak
selari dengan peredaran masa. Umumnya kita sedar bahawa generasi kini lebih
cenderung kepada visual berbanding literal. Justeru pendekatan secara
interaktif melalui platform di media sosial mampu memberi tarikan kepada murid.
Penggunaan lagu parodi dalam sesi PDPC merupakan contoh idea yang kreatif bagi
mengatasi masalah-masalah ini.
4.2.2
IDEA DAN KREATIVITI YANG DIGUNAKAN
Gubahan lagu-lagu popular yang meniti di bibir murid merupakan
idea utama dalam amalan terbaik ini. Guru perlulah bijak menghasilkan lirik
dengan menggunakan lagu-lagu yang sesuai. Lirik yang dihasilkan mesti
mengandungi kandungan-kandungan yang penting yang didapati dalam sesuatu topik.
Lirik yang baik perlu disusun dengan
lenggok bahasa yang manarik bagi membolehkannya mudah untuk diingati. Contohnya
dalam lirik “Lagu Bunyi” ini,
“Masuk ke gua itu
“Terdengar gema padu”
“Bunyi ultrasonik hanya haiwan yang
tahu”
“Ultrasonik digunakan dalam bidang
perubatan”
“Pabila nak kesan ikan, sonar
digunakan”
“Itu fenomena pantulan bunyi
kawan”
Penggunaan
huruf dan bunyi “u” dan “n” di belakang setiap ayat dapat menyedapkan lagi
lirik yang dihasilkan. Ini akan menambahkan lagi daya penarik bagi sesebuah
lagu yang digubah.
Sebenarnya
tidak semestinya para guru mesti menggunakan lagu-lagu yang terkini untuk
digubah. Lagu-lagu lama dan lagu rakyat juga boleh digubah dengan baik kerana
murid generasi masa kini sememangnya banyak terdedah kepada dunia muzik
kontemporari yang luas.
4.3
OBJEKTIF AMALAN TERBAIK
Antara
objektif utama penggunaan lagu parodi dalam PDPC ialah
·
Membantu murid mengingati fakta dalam sesuatu
topik
- Kandungan
fakta yang terlalu padat dalam silibus pada masa kini memaksa para guru mencari
idea baharu bagi membantu murid dalam mengingati fakta.
·
Meningkatkan pencapaian murid dalam penilaian
- Apabila
murid dapat mengingati fakta melalui lagu, maka ia sudah pasti memudahkan murid
melalui dan menghadapi sesuatu ujian
·
Menarik minat murid dalam pembelajaran
- Lagu
ada suatu bentuk hiburan yang pastinya menarik minat kebanyakan orang
4.4
PENDEKATAN
4.4.1
KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
Lagu parodi boleh digunakan dalam
sesi PDPC, PDPR dan juga sangat sesuai untuk strategi ‘flipped classroom”.
Penggunaan lagu bukan sekadar dapat menarik minat murid bahkan dapat memberikan
suasana yang segar dan ceria dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Lagu yang dihasilkan oleh guru
seharusnya divideokan. Bagi memudahkan akses kepada pengguna ia seharusnya
dimuatnaik ke media sosial seperti Youtube bagi memudahkan carian.
Selain itu, guru juga boleh
menggalakkan murid untuk menghasilkan lirik sendiri bagi topik-topik
pembelajaran yang akan dan telah dipelajari. Ini akan menambahkan lagi daya
ingatan kelompok murud tersebut di samping dapat menghasilkan murid yang kreatif
dan inovatif.
4.4.2
PROSEDUR ATAU LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH
Lagu parodi untuk PDPC boleh
digunakan bila-bila masa sahaja sepanjang PDPC. Ianya sesuai dinyanyikan semasa
permulaan untuk set induksi, semasa pertengahan untuk penerangan konsep dan boleh
juga digunakan semasa penutup sesi PDPC.
4.5
HASIL DAN IMPAK
Suatu kajian telah dijalankan dalam
kalangan guru, ibu bapa, murid dan juga pegawai-pegawai Kemenrerian Pendidikan
Malaysia (KPM) terhadap keberkesanan penggunaan lagu parodi dalam sesi PDPC
Seramai 335 responden telah
mengambil bahagian dalam kajian ini. Berikut merupakan dapatan daripada kajian
tersebut..
·
95.8 % menyatakan bahawa Lagu Parodi Sains
memudahkan pembelajaran serta tugas mereka.
·
95.8 % menyatakan bahawa pembelajaran melalui Lagu
Parodi memudahkan murid untuk mengingati fakta.
·
98.8% responden menyatakan bahawa penggunaan
lagu parodi dapat memudahkan proses PDPC.
·
94.6 % responden pula menyatakan bahawa
penggunaan lagu parodi dapat memberikan impak kepada keputusan ujian dan
peperiksaan murid.
Suatu
yang cukup menarik tentang hasil dan impak amalan penggunaan lagu parodi ini
dalam peperiksaan UPSR 2019. Sekurang-kurangnya 5 buah lagu parodi telah membantu
murid bagi menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan tersebut.
Sebagai contoh lirik dalam “Lagu
Haba” yang berbunyi “Jika bertambah haba, maka bertambah suhu. Jika
berkurang haba, berkurangnya suhu” telah membantu murid untuk menjawab
soalan nombor 29 kertas 1.
Lirik daripada “Lagu Sistem
Suria” yang berbunyi “Sang komet beku dan debu” pula telah membantu
murid menjawab soalan berkenaan dengan komet iaitu soalan nombor 31.
Sementara itu, lirik daripada “Lagu
#Mikroorganisma” yang berbunyi “Yis, yis, yis bikin roti tempe tapai,
bakteria dalam yogurt, dalam keju vaksin dan antibiotik” pula telah
membantu murid menjawab salah satu daripada soalan di kertas 2.
Ternyata lagu parodi bukan sahaja
berbentuk huburan, bahkan ia telah memberikan impak yang cukup besar dalam
pembelajaran.
4.6
RUMUSAN
Secara rumusannya, penggunaan lagu
parodi secara kreatif mampu memudahkan serta menghasilkan impak yang sangat
berkesan dan positif. Amalan penggunaannya semasa sesi PDPC mahupun PDPR mampu
mengubah suasana pembelajaran.
Dalam era pembelajaran abad ke 21
ini, suasana pembelajaran yang menyeronokkan sememangnya suatu keperluan dan
seharusnya wujud di dalam setiap bilik darjah.
Guru perlu menjadi lebih kreatif dan
inovatif bagi menghasilkan karya yang baik, berkualiti dan mampu menjelmakan
tarikan kepada murid. Jika perkara seumpama ini dapat dijadikan amalan maka
keseronokan belajar akan terhasil seterusnya mandatangkan impak yang dimahukan.
=========================================
Berikut merupakan
tajuk lagu dan pautan video bagi lagu-lagu tersebut
1. LAGU #MIKROORGANISMA
2. LAGU MAGNET
3. LAGU SISTEM
SURIA
4. LAGU JOM KITA
UKURNYA
5. LAGU KELAJUAN
6. NYANYI2 LAGU
HABA
7. LAGU
KESTABILANMU KEKUATANKU
8. LAGU CAHAYA
9. LAGU KITARAN AIR
10. LAGU BURUJ
11. LAGU BUNYI
12. LAGU MESIN RINGKAS
No comments:
Post a Comment