Sunday 29 August 2021

Panduan Membina Modul Pembelajaran

Panduan Membina Modul Pembelajaran

Modul pembelajaran merupakan salah satu kaedah yang  baik bagi menilai tahap penguasaan murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan modul-modul pembelajaran yang baik?

Berikut merupakan beberapa tip dan langkah yang boleh dijadikan panduan untuk para guru



1. Tentukan Tajuk Modul 

        Tajuk modul mestilah mengikut standard kandungan dalam DSKP. Walaubagaimanapun guru boleh menamakan modul mengikut kreativiti tersendiri asalkan tidak lari daripada tema dan topik yang terkandung dalam DSKP. 


2. Nota Rujukan Di Dalam Modul

        Ramai yang beranggapan bahawa modul pembelajaran hanya mengandungi soalan semata-mata. Sebenarnya modul pembelajaran yang baik perlu mempunyai nota berstruktur yang mampu dijadikan panduan kepada murid untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Mungkin penggunaan nota seperti ini akan menambahkan bilangan muka surat bagi modul yang dihasilkan. Justeru dalam era teknologi pada masa kini, adalah lebih baik juga para guru menggunakan kemudahan seperti pautan kod QR video atau nota yang boleh menjadi rujukan murid-murid.


3. Soalan

        Apabila adanya modul pastinya fokus utama ialah soalan. Soalan yang dikemukakan mestikan mengikut standard pembelajaran yang tepat berdasarkan DSKP. Catatan standard pembelajaran seharusnya ada pada setiap soalan yang dikemukakan


Sekiranya tiga elemen ini ada, barulah ia boleh dikatakan modul pembelajaran dalam erti kata yang sebenarnya. Modul yang dirancang dengan teliti akan memudahkan guru menilai dan mentaksir kemajuan murid dalam sesuatu topik. 


Bolehkah menggunakan modul yang dihasilkan oleh guru lain?

Tentu sekali boleh, asalkan mendapat keizinan tuan asalnya. Sekiranya pemilik asal telah berkongsi modul tersebut secara 'public' tentu sekali beliau telah memberi keizinan untuk dikongsi. 

Cuma janganlah pula kita memuat naik dan edit semula seolah-olah modul itu kita yang punya. Tak beretika namanya tu....

Satu lagi amalan yang patut dielakkan ialah dengan membuat salinan ke atas buku-buku kerja. Memang itu merupakan kerja yang paling mudah. Namun adakah kandungan yang terdapat dalam buku-buku tersebut menepati apa yang patut ada dalam penghasilan modul? Adakah perbuatan itu beretika?

Tepuk dada tanya hati...

Berikut merupakan pautan bagi contoh modul yang dihasilkan oleh penulis

MODUL HABA SAYA

https://drive.google.com/file/d/1KY67gC0oK4ofWjtUY_OLZvzbaJKvIgbO/view?usp=sharing

MODUL CAHAYA SAYA

https://drive.google.com/file/d/17G1iyDSBXC5xeQ_RxEMb38M5OSGSsDZU/view?usp=sharing


Terima kasih


No comments:

Post a Comment

7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS"

 7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS" Assalamualaikum Di sini saya kongsikan 7 Amali Ringkas untuk peng...