Saturday 28 January 2023

5 TIP BERGUNA INOVASI SECARA ATAS TALIAN

 


TIP MENYERTAI PERTANDINGAN INOVASI SECARA ATAS TALIAN



1.       SEDIAKAN SLIDE YANG TERBAIK

Pertandingan inovasi secara atas talian pastinya memerlukan persembahan slaid yang baik.

Antara ciri-ciri slaid yang baik ialah

·         Tulisan yang mudah dibaca

·         Slaid yang ringkas

·         Slaid yang tidak terlalu banyak

·         Grafik yang jelas

·         Penggunaan audio video yang baik (jika ada)

 

2.       MULAKAN DENGAN KATA-KATA ALUAN YANG PENUH HIKMAH

Permulaan atau mukadimah yang baik pastinya akan membuatkan juri terpegun. Mungkin peserta boleh memulakan dengan bingkisan kata-kata yang memukau atau boleh juga mengunakan pantun.

Jangan lupa puji-pujian kepada Allah, pihak penganjur dan para juri.

 

3.       BERBICARA DENGAN PENUH KEYAKINAN

Tutur kata yang penuh yakin dapat menonjolkan lagi kekuatan inovasi yang dihasilkan. Jika anda kurang yakin dari aspek komunikasi, anda mungkin memerlukan sesi rehearsal sebelum pertandingan.

 

4.       PASTIKAN SETIAP KRITERIA ADA

Setiap kriteria yang terkandung dalam borang pemarkahan seharusnya perlu diketahui oleh para peserta. Ini bagi membolehkan peserta mengatehui bahagian-bahagian yang menyumbang kepada pemarkahan

 

5.       TONJOLKAN KEKUATAN PRODUK YANG DIHASILKAN

Semasa pembentangan dilakukan, tonjolkan kekuatan yang ada bagi produk yang dihasilkan. Masukkan data dan impak yang “wow” setelah produk diuji.

 




 

 

No comments:

Post a Comment

7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS"

 7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS" Assalamualaikum Di sini saya kongsikan 7 Amali Ringkas untuk peng...