Sunday 17 May 2020

KISAH BENAR: HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN, TAPI KE DAMANSARA

Sambungan kisah GURU INI BERANI MOHON TUKAR PADA HARI PERTAMA LAPOR DIRI.

4 Januari 2004, bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2004. Sepatutnya guru tersebut hadir ke sekolah, tetapi beliau terus ke Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertempat di Pusat Bandar Damansara pada waktu itu.

Biarlah saya berterus terang bahawa guru yang dimaksudkan itu ialah saya sendiri.

Pada awal pagi Isnin di hari tersebut, saya bersama isteri telah melangkahkan kaki kami ke Kementerian Pendidikan Malaysia. Kami terus menuju ke pejabat yang mengurusan penempatan guru.

Memasuki bilik pegawai perunding dengan penuh debaran dan harapan.Pegawai berkenaan bertanya kepada saya. Adakah cikgu sudah melaporkan diri? Ya, jawab saya.

Beliau terus berkata dengan nada yang lembut, cikgu lapor diri dulu kemudian cikgu isi borang tukar.
Saya terus merayu moga-moga ada keajaiban sekiranya beliau mempunyai kuasa untuk menukar semula penempatan saya.

Namun belau tetap mengulagi perkara yang sama dan meminta saya kembali ke sekolah seterusnya melakukan permohonan pertukaran secara rasmi.

Saya balik semula ke Johor dengan penuh hampa dan duka......

Apakah episod seterusnya....?

Sama-sama nantikannya

No comments:

Post a Comment

7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS"

 7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS" Assalamualaikum Di sini saya kongsikan 7 Amali Ringkas untuk peng...