Saturday, 2 May 2020
KISAH BENAR: CIKGU INI BERANI MOHON TUKAR PADA HARI PERTAMA LAPOR DIRI
Kisah ini berlaku pada tahun 2004. Pada tanggal 2 Januari 2004, seorang guru lelaki telah ditempatkan di sebuah sekolah di Pasir Gudang Johor.
Berat sekali kaki beliau untuk melangkahkan kaki melaporkan diri di sekolah tersebut. Lebih-lebih lagi dalam 'mood' pengantin baru dan terpaksa pula berjauhan dengan isteri. Namun apakan daya, kehendak perkhidmatan memaksa beliau untuk mematuhi arahan penempatan.
Bagi pasangan yang berjauhan memang pasti memahami perasaan ini. Si suami jauh di Johor, si isteri pula jauh di Pahang.
Melaporkan diri di sekolah yang agak besar dengan murid yang agak ramai sememangnya merupakan suatu cabaran buat guru baru ini.
Tatkala melangkah ke pejabat dan bertemu mata dengan Guru Besar, ayat pertama yang terkeluar di mulut beliau berbunyi, "Puan, saya nak tukar". Terus merah padam wajah pemimpin tertinggi di sekolah sekolah itu pada waktu tersebut.
Beliau meminta izin daripada Guru Besar untuk ke Kementerian Pendidikan di Damansara bagi mengemukakan rayuan penempatan. Walaupun agak geram dengan guru tersebut, Guru Besar tetap mengizinkannya untuk berbuat demikian.
Berjayakah rayuan penempatan itu?.......
Nantikan sambungan kisah ini.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MODUL SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA
MODUL SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA Sistem peredaran darah merupakan salah satu topik pembelajaran sains bagi tahun 5. Modul ini disediak...
-
UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK SAINS TAHUN 4 5 6 Muat turun bahan melalui pautan berikut UPSA SAINS TAHUN 4 UPSA SAINS TAHUN 5 UPSA SAINS ...
-
Berikut merupakan pautan bagi DSKP (SEMAKAN) SAINS TAHUN 1 HINGGA 6 DSKP SAINS TAHUN 1 (SEMAKAN) DSKP SAINS TAHUN 2 (SEMAKAN) DSKP SAINS TAH...
-
Alhamdulillah.... Lengkap sudah Kuiz Sains Tahun 6 untuk dijawab oleh semua murid tahun 6. Musim PKP ternyata mengubah lanskap pendid...
❤️💐💐💐💐💐💐
ReplyDelete❤️💐💐💐💐💐💐
ReplyDeletewah,xsabarnak tunggu kesudahannya
ReplyDeleteSekolah mana dulu? Tahun posting sama ni... Pasir gudang memang ramai murid...
ReplyDelete