Wednesday 8 September 2021

APA NASIB GURU DG 48 SEKOLAH RENDAH?

NASIB GURU DG 48 SEKOLAH RENDAH



Tahun 2004 merupakan tahun pertama penempatan guru-guru siswazah di sekolah rendah. Golongan ini merupakan kumpulan batch pertama Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sekolah rendah yang melalui kursus selama setahu di maktab perguruan pada tahun 2003.

Skim Time Based berasaskan kecemerlangan dengan formula 8-8-6-3 membolehkan kumpulan guru ini berada di gred DG 48 pada hari ini. Namun, apakah nasib kumpulan ini?

Berikut merupakan perkara-perkara yang tidak boleh dimohon oleh kumpulan guru ini

1. Tidak boleh memohon jawatan pentadbir di sekolah kerana telah berada di gred DG 48

2. Tidak boleh memohon jawatan Guru Cemerlang ke gred seterusnya kerana Gred DG52 ke atas bagi GC sekolah rendah tidak ada dalam perjawatan.


Amat malang sekali sekiranya perkara ini dibiarkan memandangkan guru-guru dalam kumpulan ini telah berkhidmat melebihi 16 tahun dalam sektor pendidikan. Seharusnya mereka yang berminat dan berkelayakan diberikan tempat dalam bidang pentadbiran juga.

Diharapkan pihak yang berkenaan memikirkan tindakan yang sepatutnya dalam membela nasib golongan guru ini.


Terima kasih

KPLI Sekolah Rendah 2003 (IPDA)


14 comments:

  1. Insha Allah, saya akan bawa isu ini dalam mesyuarat EXCO MGB Negeri supaya dipanjangkan ke GMGB Malaysia,seterusnya dapat dibawa kepada pihak KPM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kini di penghujung tahun 2023 keadaan masih sama Tuan

      Delete
    2. Lebih malang lagi GPK DG48 sekolah rendah tidak boleh berpindah sekolah

      Delete
  2. Ok je 48, ke 52 ke..yg ptg dok sekolah rendah dan ngajo mcm biasa..

    ReplyDelete
  3. Setahu saya takde masalah jika nak menjadi pentadbir di sekolah rendah wpun gred 48 kerana itu gred KUP (body). Gred hakiki kita di sekolah mengikut waran perjawatan ialah DG41/42… Klu berminat isi je borang dgn sokongan GB.. insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya jika kita KUP 48 memang x boleh apply GPK cikgu.... Tak tahulah kalu tempat cikhgu ada special kes plak.... KUP 48 boleh

      Delete
  4. Assalam Safuan. Ingat aku lagi dak.. KPLI ENGLISH 2003

    ReplyDelete

7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS"

 7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS" Assalamualaikum Di sini saya kongsikan 7 Amali Ringkas untuk peng...