Thursday 9 September 2021

SEMBANG KARI CIKGU

SEMBANG KARI CIKGU





PART 1


PART 2


PART 3 -  CIPTA DIALOG SENDIRI



Semua orang tidak berada dalam situasi yang sama. 

Ada yang tidak berminat untuk menjadi pentadbir sekolah tetapi ada yang sangat berminat.

Salah ke minat untuk menjadi pentadbir? Berdosa? Gila pangkat? Atau tidak bersyukur?

Bermacam komen ditulis apabila dilontarkan persoalan tentang perjawatan yang masih bercelaru sebenarnya di sekolah rendah. Bukan gila jawatan, gila kuasa mahupun tidak bersyukur. Namun sekadar ingin melihat agar adanya perubahan dalam sistem kenaikan pangkat di sekolah rendah yang sememangnya tidak sama di sekolah menengah. 

"Ala... 8863 time based boleh naik gred jugak.... Bersyukurlah ramai lagi kat luar sana graduan yang menganggur"....

Ya, gred boleh naik.... dalam masa 25 tahun selepas penempatan dengan time based 8863, guru sekolah rendah juga boleh naik sehingga DG54. Syukur alhamdulillah.

Namun guru-guru sekolah rendah juga perlu diberi hak untuk memohon Guru Cemerlang gred DG52 ke atas yang pastinya belum ada sehingga kini. Tidak seperti peluang yang diberikan kepada guru-guru sekolah menengah.

Selain itu peluang untuk memegang jawatan pentadbiran di sekolah harus dibuka kepada gred yang lebih tinggi, bukan terhad kepada apa yang ada pada masa kini.

Sudah tiba masanya gred hakiki Guru Besar dan Guru Penolong Kanan di sekolah rendah dinaikkan.

Ada kemungkinan juga pihak atasan tidak menyedari situasi ini. Justeru diharapkan ada sinar menanti.

Berfikir dahulu sebelum menulis sebarang komen kerana komen kita melambangkan mentaliti kita. Tulisan kita adalah cerminan diri kita.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS"

 7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS" Assalamualaikum Di sini saya kongsikan 7 Amali Ringkas untuk peng...