Tuesday 26 October 2021

5 TEMPAT MAKAN WAJIB CUBA DI KUANTAN

5 TEMPAT MAKAN WAJIB CUBA DI KUANTAN

Kuantan memang banyak sangat tempat yang best untuk kita nikmati pelbagai jenis makanan

Kalau saya ke Kuantan, inilah 5 tempat yang saya selalu kunjungi



1. BREW N CABIN CAFE

Brew and cabin cafe, lokasinya terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Menu yang wajib dicuba di sini ialah pelbagai kopi yang sedap dengan harga yang berpatutan. Maksud berpatutan di sini ialah harganya jauh lebih rendah berbanding kopi ternama seperti Starbuck dan lain-lain. Dari segi rasa kopinya bagi saya ia jauh lagi sedap dan coffee art nya pun sangat halus dan menarik

Favourite saya tentu sekali caramel latte.

Menu makanan di sini ada macam-macam. Tapi yang banyaknya ialah makanan western seperti chicken chop, chicken grill, spagheti dan lain-lain. Saya memang suka chicken chop kat sini, rasanya sedap, saiznya besar. Maceroni baked cheese kat sini pun boleh tahan rasanya.

Selain itu ada menu istimewa di sini yang mungkin jarang ditemui di tempat lain iaitu set Siakap Kengsom. Ianya datang sekali dengan nasi putih. Rasanya ala-ala asam pedas gitu tapi agak kick dengan sentuhan citarasa thai.


Caramel Latte



2. MIKASA CAFE

Mikasa Cafe merupakan cafe yang terletak di Hotel Mega View. Pendek kata cafe ini merupakan cafe bagi hotel ini. Menariknya di sini ialah anda dapat menikmati rasa makanan barat dari hotel tetapi dengan harga yang sama seperti cafe lain. 

Macam biasa kalau saya ke sini biasanya saya akan order minuman kegemaran saya iaitu caramel latte. Menu makanan western ada banyak. Anda boleh pilih sendiri mengikut citarasa anda.

Selain itu, semasa menikmati hidangan, anda juga boleh terus menikmati panorama indah berlatar belakangkan sungai Pahang kerana cafe ini betul-betul di pingir sungai.

Caramel Latte


3. SARA THAI KITCHEN


Apa yang menarik dekat Sara Thai Kichen ni ialah terdapat pelbagai masakan Thai yang terasa keaslian Thai nya.... Menu telur pun dah pelbagai. Anda tengok menunya dan terdapat pelbagai nama pelik untuk hidangan telur.

Apakah menu yang anda wajib cuba di sini?

Jika anda berkunjung ke sini jangan lupa order pulut mangga, ayam gajus dan pastinya tom yam nya yang memang terasa sedap macam makan kat Thailand.

Di samping itu harga makanan kat sini cukup berpatutan.

Ada tiga portion yang disediakan untuk setiap menu iaitu small, medium dan big. Cukup pesan small je dengan pelbagai menu... Boleh rasa semua

Lokasi Sara Thai Kitchen ini terletak berhadapan dengan Hotel Grand Continental Kuantan.

Siakap 3 rasa

Pulut mangga


4. ANA IKAN BAKAR PETAI

Memang tak perlu diperkenalkan lagi restoran ini. Di Kuantan lokasinya adalah di Tanjung Lumpur Kuantan. Apa yang menariknya kat sini pastinya keenakan ikan bakar yang dicampur dengan petai. Memang sedap dan lazat. Harganya, ermmm standardlah kalau makan ikan bakar kan.... Antara ikan yang wajib anda cuba ialah ikan aji-aji. Isinya lembut memang kena apabila dibakar.

5. JAMAN TORY

Jaman Tory merupakan restoran yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Menariknya menu makanan di sini ialah masakan tradisional Pahang seperti patin tempoyak, patin pais dan ada juga ayam kampung. Masakan panas ala Thai pun ada juga.

Uniknya restoran ini bukan seekadar menu makanan tradisinya tetapi juga reka bentuk dan hiasannya. Biasanya restoran ini agak penuh pada hujung minggu. 

Kalau nak rasa patin tu tak perlu ke Temerloh dah, memadai singgah di Jaman Tory.

Sirap 3 layer

Nasi Goreng Cheese Terbakoh Weh


1 comment:

  1. Wah! Terima kasih infoπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘.... boleh jalan² Kuantan☺️

    ReplyDelete

7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS"

 7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS" Assalamualaikum Di sini saya kongsikan 7 Amali Ringkas untuk peng...