Umumnya para guru telah mengatahu bahawa KPM PerkasaKU telah pun diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perkataan Perkasa merujuk kepada pemerkasaan manakala KU pula merujuk kepada kurikulum. Dengan ayat yang mudah KPM PerkasaKU ini merupakan program bagi memperkasakan penguasaan kurikulum dalam kalangan murid-murid seluruh negara yang telah terkesan akibat pandemik Covid-19
4 OBJEKTIF UTAMA KPM PerkasaKU
- Meningkatkan penguasaan murid bagi kandungan kurikulum tahun semasa secara optimum.
- Merapatkan jurang pembelajaran murid yang wujud semasa berlakunya krisis dan pandemik Covid-19
- Menyediakan sokongan kurikulum kepada guru-guru bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam apa jua mekanisme
- Memastikan murid-murid bersedia untuk mengikuti kurikulum persekolahan 2022
APA YANG CIKGU PERLU BUAT?
👉Apabila silibus bagi sesi 2021 telah tamat, guru dinasihatkan untuk mengadakan pre-test (PBD) untuk mengesahkan tahap penguasaan murid sepanjang berlangsungnya PdPR
👉Setelah memastikan sama ada murid berada dalam TP 1-6, guru perlu menjalankan pemulihan kepada murid-murid ini dalam 3 kumpulan iaitu KUKUH 1 (TP1 &2), KUKUH 2 (TP3 &4) dan PENGAYAAN (TP5 & 6)
👉Guru perlu merangka RPH dan juga modul yang menggunakan strategi pembelajaran terbeza untuk ketiga-tiga kumpulan ini.
👉Seterusnya guru boleh menjalankan post-test bagi menilai tahap keberkesanan murid yang mengikuti pemulihan ini.
PANDUAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
STRATEGI MAMPATAN, PECUTAN DAN PENGAYAAN (M2P) DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM
👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
Terima kasih banyak cikgu. Moga Allah permudahkan urusan cikgu...Amiin
ReplyDeleteTerima kasih cikgu atas perkongsian yang bermanfaat...
ReplyDeleteTq
ReplyDeletetq
ReplyDelete