Sunday 6 February 2022

ASAL USUL NAMA-NAMA NEGERI DI MALAYSIA DARI PERLIS SAMPAI KE SABAH

ASAL USUL NAMA-NAMA NEGERI DI MALAYSIA DARI PERLIS SAMPAI KE SABAH

Nama-nama negeri di Malaysia mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kebanyakan asal usul nama-nama negeri di Malaysia adalah berdasarkan sumber lisan daripada orang-orang yang terdahulu. Tidak dapat dipastikan kesahihan setiap cerita kerana kebanyakan nama-nama negeri mempunyai lebih daripada satu cerita.

Berikut merupakan asal usul nama-nama negeri di Malaysia

Klik setiap link untuk mendengar cerita asal usul setiap negeri

PERLIS

Ada pelbagai kisah tentang nama negeri Perlis. Ada yang menyatakan nama Perlis berasal daripada perkataan siam iaitu Phrao Loi yang bermaksud kelapa hanyut. 

Ada pendapat yang menyatakan bahawa nama Perlis berasal daripada perkataan "peroleh"yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan menjadi Perlis

Ada juga yang menyatakan nama Perlis berasal daripada seorang tokoh agama yang bernama Tok Perlis. Ada juga pendapat lain yang menyatakan bahawa nama Perlis berasal daripada pokok Perlis.

KEDAH

Nama purba Kedah ialah Kadaram atau Kalagam. Kadaram bermaksud kuali besar dan kalagam bermaksud warna hitam.

Banyak juga cerita lain tentang asal usul negeri Kedah. Ada pendapat yang menyatakan bahawa nama kedah berasal daripada perkataan arab yang bermaksud gelas berkaki. Ada juga yang menyatakan ialanya daripada perkataan Khedah yang bermaksud perangkap gajah


PULAU PINANG

Nama pulau ini diambil sempena nama pokok pinang yang banyak tumbuh di pulau tersebut. Sebelum itu dikatakan nama Pulau Pinang dikenali sebagai Tanjung Bidara ada juga yang memanggilnya sebagai Tanjung Penaga. Tidak hairanlah orang Pulau Pinang dikenali sebagai anak tanjung.

PERAK

Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari 'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.

SELANGOR

Terdapat satu kisah di mana seorang pendekar yang sedang mengembara telah singgah di sebuah kawasan yang belum pernah dijejaki sebelum ini. Ketika sedang berehat, dirinya rasa cukup terganggu dengan kehadiran seekor langau yang terus-terusan hinggap di hidungnya. Kehadiran langau itu cukup menjengkelkan dirinya yang kemudian cuba untuk membunuh langau tersebut dengan memukulnya tetapi gagal. Terdetik di dalam hati pendekar itu bagaimana seorang yang handal sepertinya tetap gagal menumpaskan seekor langau. Dia kemudian beranggapan bahawa tempat ini memiliki semangat yang lebih hebat dari dirinya lalu mengambil keputusan untuk menamatkan pengembaraannya. Mulai hari itu, setiap kali merujuk kepada tempat tersebut, pendekar itu akan menggelarinya sebagai ‘selangau’ dan akhirnya diterima pakai sebagai nama tempat tersebut.

Menurut satu kisah, satu ketika dahulu kawasan kuala sungai tersebut dipenuhi dengan tumbuhan paya bakau yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai mentangau. Pohon mentangau yang banyak terdapat di situ sering kali dijadikan panduan kepada pelayar ke kawasan itu kerana didapati sesuai sebagai tempat persinggahan bagi menambah bekalan menyambung pelayaran. Para pelayar menggelar kawasan ini sebagai ‘kuala mentangau’. Menerusi peredaran masa sebutan ‘kuala mentangau’ berubah menjadi Kuala Selangor, tempat berakhirnya aliran Sungai Selangor.

NEGERI SEMBILAN

Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumetera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kemudia masyarakat yang bermukim pada sembilan negeri seperti Johol, Jelebu, Klang, Sungei Ujong, Naning, Rembau, Jelai, Segamat dan Pasir Besar membentuk persekutuan yang disebut lembaga dan dinamakan Negeri Sembilan.

Namun dalam tahun-tahun 1780an ,perkembangan baru telah muncul yang menyebabkan ahli gabungan ini terpisah. Belanda telah mengambil alih Mukim Naning, Bugis yang berkuasa di Selangor telah mengambil mukim Kelang, Segamat telah diambilalih oleh Kesultanan Johor manakala Ulu Pahang telah diambil alih oleh Kesultanan Pahang. Maka tinggallah empat Luak yang masih bersama dalam persepakatan Negeri Sembilan iaitu Luak Sungai Ujong, Luak Jelebu, Luak Rembau dan Luak Johol .
Bagi mengekalkan gabungan dan percantuman ini, nagari-nagari yang lebih kecil seperti Inas, Ulu Muar,Jempol, Terachi dan Gunung Pasir yang sebelum ini terlingkung di bawah nama Tanah Mengandong (iaitu tempat pemerintahan Yam Tuan) di bawa masuk dalam gabungan tersebut. Gabungan ini kekal hingga sekarang dan telahpun di kanunkan dalam perlembagaan negeri .

MELAKA

Kebanyakan masyarakat umumnya mengetahui asal usul nama negeri Melaka.

Asal daripada pokok Melaka

Semasa berburu Parameswara melihat seekor pelanduk yang kecil menendang anjing perburuan semasa beliau sedang berehat di bawah sepohon pokokII. Keberanian pelanduk yang kecil tersebut menjadi ilham kepada beliau lalu menamankan tempat tersebut Melaka dan berpendapat tempat tersebut sesuai untuk dijadikan negeri

Asal daripada perkataan arab

Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab. Mereka menganggap Melaka sebagai Mulaqah iaitu yang bermaksud ‘pertemuan’

Mereka juga menyebut Melaka ‘Malakat’ yang bermaksud ‘perhimpunan segala dagang’

JOHOR

Johor merupakan salah sebuah negeri Melayu tertua pernah menerima pengaruh kerajaan Srivijaya. Nama negeri Johor telah pun disebut-sebut sejak sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Mengikut catatan pengembara Portugis, "Marco Polo telahmelakukan pelayaran pada tahun 1292 hingga ke Hujung Tanah". Nama yang sama juga disebut dalam hikayat Jawa"Nagara Kertagama" pada tahun 1365.

Mengikut Tun Sri Lanang dalam bukunya "Sejarah Melayu" pada tahun 1612, Johor disebut oleh pedagang Siam sebagai "Klangkiu", manakala pedagang Jawa menyebutnya sebagai "Galuh" dan pedagang Arab menyebutnya sebagai "Jauhar".
Ketiga-tiga perkataan ini membawa maksud "Batu Permata". Daripada sebutan Arab "Jauhar" inilah Johor mendapat namanya sehingga sekarang.

PAHANG

Menurut satu cerita nama negeri Pahang diambil sempena nama sejenis pokok iaitu pokok Mahang

KELANTAN

Terdapat beberapa teori asal usul nama Kelantan. Satu teori mengatakan bahawa perkataan "Kelantan" berasal daripada perkataan gelam hutam yang diubah suai, iaitu perkataan Melayu untuk pokok Gelam  (Melaleucaleucadendron). Teori lain mendakwa bahawa nama Kelantan itu berasal daripada perkataan Melayu iaitu "kilatan". Ada juga mengatakan berasal daripada perkataan "kolam tanah"

Satu lagi teori yang dikatakan Kelantan asalnya daripada perkataan India iaitu "Kolaan Thana" atau "Kolaam Thana" yang bermaksud "Tanah Kolaan" atau "Tanah Kolaam", istilah kolaan atau kolaam merujuk kepada lukisan lantai atau gambar rajah dalam banyak kuil Hindu yang menghiasi tanah pada zaman dahulu. Teori ini mengatakan bahawa Kolaan Thana atau Kolaam Thana secara beransur-ansur menjadi Kelantan sesuai dengan pertuturan penduduk tempatan

TERENGGANU

KUALA LUMPUR

SARAWAK

SABAH

Moga bermanfaat

1 comment:

  1. Terima kasih cikgu. Mohon share ya untuk bahan PSS saya

    ReplyDelete

7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS"

 7 AKTIVITI AMALI SAINS MUDAH UNTUK KEMAHIRAN PROSES SAINS "KPS" Assalamualaikum Di sini saya kongsikan 7 Amali Ringkas untuk peng...