ASAL USUL NAMA-NAMA NEGERI DI MALAYSIA DARI PERLIS SAMPAI KE SABAH
Nama-nama negeri di Malaysia mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kebanyakan asal usul nama-nama negeri di Malaysia adalah berdasarkan sumber lisan daripada orang-orang yang terdahulu. Tidak dapat dipastikan kesahihan setiap cerita kerana kebanyakan nama-nama negeri mempunyai lebih daripada satu cerita.
Berikut merupakan asal usul nama-nama negeri di Malaysia
Klik setiap link untuk mendengar cerita asal usul setiap negeri
Ada pelbagai kisah tentang nama negeri Perlis. Ada yang menyatakan nama Perlis berasal daripada perkataan siam iaitu Phrao Loi yang bermaksud kelapa hanyut.
Ada pendapat yang menyatakan bahawa nama Perlis berasal daripada perkataan "peroleh"yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan menjadi Perlis
Ada juga yang menyatakan nama Perlis berasal daripada seorang tokoh agama yang bernama Tok Perlis. Ada juga pendapat lain yang menyatakan bahawa nama Perlis berasal daripada pokok Perlis.
Nama purba Kedah ialah Kadaram atau Kalagam. Kadaram bermaksud kuali besar dan kalagam bermaksud warna hitam.
Banyak juga cerita lain tentang asal usul negeri Kedah. Ada pendapat yang menyatakan bahawa nama kedah berasal daripada perkataan arab yang bermaksud gelas berkaki. Ada juga yang menyatakan ialanya daripada perkataan Khedah yang bermaksud perangkap gajah
Nama pulau ini diambil sempena nama pokok pinang yang banyak tumbuh di pulau tersebut. Sebelum itu dikatakan nama Pulau Pinang dikenali sebagai Tanjung Bidara ada juga yang memanggilnya sebagai Tanjung Penaga. Tidak hairanlah orang Pulau Pinang dikenali sebagai anak tanjung.
Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari 'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.
Terdapat satu kisah di mana seorang pendekar yang sedang mengembara telah singgah di sebuah kawasan yang belum pernah dijejaki sebelum ini. Ketika sedang berehat, dirinya rasa cukup terganggu dengan kehadiran seekor langau yang terus-terusan hinggap di hidungnya. Kehadiran langau itu cukup menjengkelkan dirinya yang kemudian cuba untuk membunuh langau tersebut dengan memukulnya tetapi gagal. Terdetik di dalam hati pendekar itu bagaimana seorang yang handal sepertinya tetap gagal menumpaskan seekor langau. Dia kemudian beranggapan bahawa tempat ini memiliki semangat yang lebih hebat dari dirinya lalu mengambil keputusan untuk menamatkan pengembaraannya. Mulai hari itu, setiap kali merujuk kepada tempat tersebut, pendekar itu akan menggelarinya sebagai ‘selangau’ dan akhirnya diterima pakai sebagai nama tempat tersebut.
Menurut satu kisah, satu ketika dahulu kawasan kuala sungai tersebut dipenuhi dengan tumbuhan paya bakau yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai mentangau. Pohon mentangau yang banyak terdapat di situ sering kali dijadikan panduan kepada pelayar ke kawasan itu kerana didapati sesuai sebagai tempat persinggahan bagi menambah bekalan menyambung pelayaran. Para pelayar menggelar kawasan ini sebagai ‘kuala mentangau’. Menerusi peredaran masa sebutan ‘kuala mentangau’ berubah menjadi Kuala Selangor, tempat berakhirnya aliran Sungai Selangor.
Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumetera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kemudia masyarakat yang bermukim pada sembilan negeri seperti Johol, Jelebu, Klang, Sungei Ujong, Naning, Rembau, Jelai, Segamat dan Pasir Besar membentuk persekutuan yang disebut lembaga dan dinamakan Negeri Sembilan.
Kebanyakan masyarakat umumnya mengetahui asal usul nama negeri Melaka.
Asal daripada pokok Melaka
Semasa berburu Parameswara melihat seekor pelanduk yang kecil menendang anjing perburuan semasa beliau sedang berehat di bawah sepohon pokokII. Keberanian pelanduk yang kecil tersebut menjadi ilham kepada beliau lalu menamankan tempat tersebut Melaka dan berpendapat tempat tersebut sesuai untuk dijadikan negeri
Asal daripada perkataan arab
Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab. Mereka menganggap Melaka sebagai Mulaqah iaitu yang bermaksud ‘pertemuan’
Mereka juga menyebut Melaka ‘Malakat’ yang bermaksud ‘perhimpunan segala dagang’
Menurut satu cerita nama negeri Pahang diambil sempena nama sejenis pokok iaitu pokok Mahang
Terdapat beberapa teori asal usul nama Kelantan. Satu teori mengatakan bahawa perkataan "Kelantan" berasal daripada perkataan gelam hutam yang diubah suai, iaitu perkataan Melayu untuk pokok Gelam (Melaleucaleucadendron). Teori lain mendakwa bahawa nama Kelantan itu berasal daripada perkataan Melayu iaitu "kilatan". Ada juga mengatakan berasal daripada perkataan "kolam tanah"
Satu lagi teori yang dikatakan Kelantan asalnya daripada perkataan India iaitu "Kolaan Thana" atau "Kolaam Thana" yang bermaksud "Tanah Kolaan" atau "Tanah Kolaam", istilah kolaan atau kolaam merujuk kepada lukisan lantai atau gambar rajah dalam banyak kuil Hindu yang menghiasi tanah pada zaman dahulu. Teori ini mengatakan bahawa Kolaan Thana atau Kolaam Thana secara beransur-ansur menjadi Kelantan sesuai dengan pertuturan penduduk tempatan
Moga bermanfaat
Terima kasih cikgu. Mohon share ya untuk bahan PSS saya
ReplyDelete